Hadiah Top Commentator dari Mamapie



Teruja betul hari itu, tak sangka boleh jadi top commentators blog mamapipie ni. Bukan apa, dalam bulan berapa tu saya memang berhenti blog sekejap. Singgah yang lain pun tak menyempat, almaklumlah memang busy betul jadi pelajar akhir tahun.

Memang pada tahun 2021, saya ada aim nak jadi top commentator dekat beberapa blogger. Salah satunya blog mamapie lah. Tengok - tengok ada rezeki. Alhamdulillah.


Waktu hadiah ni sampai ke rumah, saya masih dekat rumah sewa. Tertanya juga siapa bagi sebab kebetulan sampai waktu sehari dua selepas hari jadi saya. Ingatkan ada kawan jauh jauh kot kot tetiba bagi hadiah kan. Lepastu fikir punya fikir baru ingat ada haritu bagi details dekat mamap untuk hadiah ni.



Comel betul hadiah mamapipie bagi. Yang mousepad tu masyaAllah lembut betul. Rasa sayang nak guna sebab taknak pudarkan atau kotorkan dia. Yang warna merah belang belang tu, saya panggil beg make up memandangkan kali pertama saya nampak saya terus berazam nak guna untuk letak makeup nanti. Hehe 

Terima kasih mamapipie atas hadiah ini. Rasa makin semangat pulak nak kembali aktif sebab nak rebut peluang-peluang menjadi aktif komentar.

Nantikan post - post yang bakal muncul di blog ini!


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. alhamdulillah dah selamat sampai. jgn lupa usha no pv mama dah nak naik dah tu. and jemput join GA mama juga ye nadia

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..masih ada rezeki dalam dunia blogging walaupun menyepi seketika. Rezeki tak pernah salah alamat. Cantiklah mouse pad tu. Suka tengok.
    Tahniah Nadia :)

    BalasPadam
  3. congrats...cantik mousepad tu

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.