Hello December | Bulan Terakhir 2021

 

Pejam celik pejam celik tahu tahu dah bulan terakhir. Kalau ramai yang selalu visit blog saya, mesti perasan saya dah tak aktif update blog setiap hari. Nampaknya pengurusan masa saya amat tewas. Mungkin sebab pelajar tahun akhir kot? 

Banyak juga posting yang saya keep tangguh. Tak mampu nak luangkan masa untuk blogging. Badan banyak lelah bila otak dah penat berfikir setiap hari. Sekarang pun dah masuk minggu ketujuh. Lagi tujuh minggu, saya unofficialy graduate (InsyaAllah). Doakan saya lulus kesemua subjek yang saya ambil sem ini okay?

Apa yang berlaku kepada saya selama sebulan? Banyak yang berlaku. Banyak resepi baru yang saya masak sejak duduk rumah sewa. Kira macam saya ni dah boleh lah kahwin kan kan? Sebab dah pandai masak hahaha.

Baru - baru ini pun status MySejahtera saya berubah "Casual Contact with No Symptoms". Awal - awal saya cuak gila bila tukar status ini. Rasa macam cuak gila. Sebab minggu depan saya akan pergi bercuti. Kalau tak boleh check in cuak juga.

Sejak tukar status ini juga, setiap hari juga lah kena update yang check symptoms apa yang kita ada. Nak pastikan kita tak kena covid. Serius cuak. Sebab saya vaksin sinovac tau. Tengah menunggu dapat booster ni. 



Akhir kata, Semoga bulan december bulan yang indah untuk kita tamatkan tahun 2021 ini! Pada rakan - rakan blogger saya, tunggu saya 7 minggu lagi okay? Nanti saya akan datang blog awak semua.

Doakan saya lulus dengan cemerlang untuk sem terakhir ini!


Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. ameen. semoga lulus dengan cemerlang. btw, kaalu free jemput lah singgah baca entry kita

    BalasPadam
  2. Semoga Nadia lulus cemerlang untuk sem akhir nanti

    BalasPadam
  3. Semoga lulus untuk sem terakhir..

    BalasPadam
  4. Semoga sihat selalu dan lulus dengan cemerlang sem akhir nnti..Good Luck

    BalasPadam
  5. Final Sem memang busy. Takpelah, busy kali ni je. Lepas ni boleh rehat seketika kan. tak lama lagi je nak habis tu. Semoga graduate dengan cemerlang.
    Semoga sihat sihat dan keadaan baik baik je. Aaaminnn...

    BalasPadam
  6. Saya pun dah jarang update blog huhu. Semoga berjaya final year! Cipta memori banyak2 before habis belajar :D nanti rinduu

    BalasPadam
  7. Moga urusan dipermudahkan.

    https://mykiddyland.com/childcare-centre-malaysia/

    BalasPadam
  8. Semoga lulus dengan cemerlang, gemilang dan terbilang ehhhhh...

    BalasPadam
  9. semoga lulus dgn cemerlang ye adik

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.