Fantasy & Medical K-Drama: Ghost Doctor (2022)


Tajuk: Ghost Doctor

Jumlah Episod: 16

Pengarah: Boo Sung-Chul

Waktu Tayangan: Astro tvN, Isnin  & Selasa, 10:30 malam

Siapa yang suka tengok K-drama mesti terujua dengan drama Ghost Doctor disebabkan kemunculan Rain yang dah lama kita tak tengok ini. Saya lebih teruja nak tengok sebab ada Kim Bum. Last drama Kim Bum yang sangat tengok ialah "Tale of The Nine Tailed", itupun Kim Bum bukan main role. Dia kejap ada kejap tiada. Tetapi dalam drama Ghost Doctor ini, Kim Bum memang main role. Setiap episod, setiap saat, setiap part mesti ada Kim Bum. Baru lah excited nak teruskan semangat menonton drama ini.

Sinopsis:

Cha Young-min (Rain) merupakan seorang doktor yang genius, tetapi dia seorang yang sombong dan mementingkan diri sendiri. Suata hari, dia terlibat dalam kes yang tidak dijangka menyebabkan Cha Young-min ini berada dalam keadaan koma. "Hantu Koma Cha Young-min" boleh masuk jasad doktor lain iaitu Dr. Ko Seung Tak (Kim Bum). Cha Young-min dan Ko Seung Tax ni personaliti doktor mereka berbeza. Cha Young-min seorang doktor yang hebat (boleh bedah dan selamatkan pesakit), Ko Seung Tak pula hanya pandai dalam teori sahaja.

Kenapa Anda perlu menonton Ghost Doctor?


1. Konsep berlainan : Mempertengahkan tentang Hantu Koma (Coma Ghost)

Cerita ini menarik disebabkan membawa kita untuk melihat sudut tentang orang - orang yang koma. Selalunya orang kata "Orang koma sebenarnya boleh mendengar apa kita cakap, sebab itu pentingnya berkomunikasi dengan orang koma, supaya dapat beri semangat dan menyebabkan ada keajaiban berlaku untuk mereka sedar dari koma". Dalam cerita ini kita boleh lihat, bagaimana hantu - hantu koma ini setiap hari mengharapkan ada keajaiban berlaku untuk mereka yang menyebabkan mereka akan bangun. Lagi satu sudut ialah, apabila orang - orang koma ini sebenarnya ada tanggungjawab yang perlu dilakukan, tetapi tidak boleh kerana sedang koma. Sedih sebenarnya bila kita lihat dalam sudut ini. Tetapi inilah keunikan yang di bawa oleh dalam drama ini.

2. Belajar mengenai Gaya Hidup Doktor.


Dalam sinopsis saya ada cakap watak dan sifat kedua - dua doktor ini sangat berbeza. Tetapi dua - dua ada impian yang sama "menyelamatkan pesakit" , "tidak boleh tengok pesakit mati", "pesakit adalah penting".  Lagi satu, kita boleh tengok lah menjadi doktor ini memang perlukan semangat yang tinggi, nak hadap emosi pesakit, emosi keluarga pesakit. Nak kena buat pengumuman bila pesakit mati ke apa. Semua tu scene - scene yang menyentuh hati sangat - sangat.

3. Pelakon

Ini memang kita tak boleh elak. Kedua - dua main role dalam cerita ini memainkan peranan tinggi nak naikkan dan popularkan drama ini. Gabungan diorang berdua pun serasi. Watak Kim Bum yang muka ada kebudak - budakkan, dan dengan Rain yang nampak matang. Sesuai betul diorang berdua ini.

Review

 

Sepanjang episod 1-12 ini, bagi saya amat memuaskan. Tengok episod 1 pun dah rasa jatuh hati. Dia tak buat macam kita nak stop kejap tengok drama ini, rasa nak cepat - cepat tengok episod seterusnya. Cumanya saya tak suka bila masuk bilik bedah. Part bedah jantung tu yang macam rasa jantung sendiri yang tengah dibedah. 

Ini yang menarik drama luar negara ini, semua benda nampak real dan seolah-olah memang berlaku.

Siapa dekat sini tengok drama ini juga? 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Wahhh ada Rain berlakon. Last tengok dia berlakon dalam Full house. Punyalah lama kan. Ada masa bolehlah layan drama ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, rain dah lama tak munculkan diri dalam drama. Bila muncul ni rasa excited nak tengok dia berlakon

      Padam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.