1 Malaysia Kena Scam Menang iPhone 13 | Hati - Hati Jangan Tekan Link Tersebut !

 

Baru - baru ini dekat instagram, hampir 1 Malaysia kena tag "Tahniah anda telah memenangi iPhone 13, sila tekan link ini". Mungkin bukan 1 Malaysia, tetapi kebanyakkan memang kena. Memang sekarang musim orang scam iPhone 13 free lah kot ni.

Seram sebenarnya, saya ingatkan saya tekan benda - benda tak penting tanpa kita tak sedar. Itu yang tiba - tiba scammer macam ini boleh terus tag profile kita. Masalahnya, saya bukan dapat satu tag. 8 tag. Dua hari berturut - turut pula tu. Kelapan - lapan account ini saya terus report sebagai scammer dekat instagram. Bukan main seram betul.

Modus operandi seperti ini sebenarnya dah lama berlaku. Kalau bukan iPhone 13 ketika itu, mungkin mereka menggunakan iPhone 12 dan sebagainya. Link yang diberi sebenarnya paling bahaya. Ada kenalan kepada rakan saya telah menekan link tersebut pada tahun lepas. Oleh sebab itu, akaun instagramnya telahpun diambil dan tidak boleh didapatkan semula. Bila dah orang lain pegang akaun social media kita ini, bahaya tau. Lagi - lagi kalau kita tak sedar, mana tahu dari situ dia mula tahu segala password social media kita yang lain. 

Baru - baru ini saya ingat lagi saya ada baca blog di rakan - rakan blogger saya yang memang kena hack. Seram tau. Untuk kita yang tiada ilmu kadang - kadang ini mungkin akan mudah terpedaya. Jadi kalau kalian nampak tiba - tiba "Tahniah menang!", berhati - hati, jangan mudah terpedaya. Tiada kemenangan dalam dunia ini dapat begitu sahaja tanpa sebarang usaha. Nak menang giveaway pun kena ada effort apatah lagi tiba - tiba dapat notifikasi "Tahniah anda telah memenangani iPhone 13".

Siapa pernah ada pengalaman kena scam?


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. itulah asyik kena tag, mula2 tak kisah sgt tapi bila banyak kali terus block semua mesej tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, saya sampai hari ketiga pun masih dapat lagi notifikasi macam ini

      Padam
  2. Balasan
    1. Kan. Kalau tengok tiktok memang satu malaysia macam kena lately ni

      Padam
  3. betul, saya pun asik kena tag sehari dua ni. benci betul

    BalasPadam
  4. Dapat jugak tag ni sehari dua. Semua account ig pulak tu dia tag. Ingatkan saya sorang je, rupanya ramai yang terkena. Mujur tak klik link tu ha..jahat betul scammer ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah tu, hati hati kak fiza dengan link tu. bahaya bahaya

      Padam
  5. samaa! kaella pun dapat tag banyak sangat. sape ntah yang baik hati nak bagi iphone 13 free. tak masuk akal sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann, kita nak menang giveaway pun kena banyak effort inikan menang iPhone 13 perghh

      Padam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.