Wajah Baru nadiajamhari.com

 

Lama dah sebenarnya mencari template nak dibeli khas buat blog ini. Malas nak hadap coding xml blog ni sebab ada kerja lain yang lebih utama. Jadi disebabkan mahu express dan hanya edit beberapa element sedikit. Saya pun pasanglah niat nak beli template.

Merata juga mencari, bukan apa waktu nak beli template ada beberapa masalah yang berlaku pada saya iaitu, semua kad bank saya tidak boleh dipakai. Tak tahu lah kenapa sistem itu menolak kesemuanya, padahal saya guna untuk bayar foodpanda ke, pergi shopping grocery semuanya okay. Sampai nak beli template semuanya tidak okay,

Awal - awal itu saya fikir positif juga, cakap mungkin "Allah nak jimatkan duit aku daripada menggunakan beli template" (Tetapi lepastu habis beli macam - macam benda dekat shopee). Lama - lama memang rasa terbayang nak template. Jadi kita pun search lah kat youtube "SEO Frienldy Blogger Template", finally jumpa pun platform yang mahu menerima duit ku. Haha drama betul saya ini kan.

Template ini dibeli di https://btemplates.com/2020/blogger-template-cihuatl/. Saya memilih design ini sebab dia tak lari daripada design yang blog saya yang dulu. Jadi saya rasa dia adalah design yang selesa untuk blog saya. Ceh dah macam beli pakaian, kena ada saiz tepat supaya selesa.

Cuma saya  tukar tema warna. Sengaja kali ini saya mahu mencuba warna yang sedikit dark. Jujur rasa janggal juga bila guna warna dark ini. Tetapi lama - lama mata rasa okay lah kot kan. 

Waktu awal - awal nak pasang mencabar juga sebab waktu itu saya rasa malas nak baca documentation, lepastu dua tiga kali cuba tak boleh rasa mcm terciduk pulak, jadi kita pun baca lah documentation. Rupanya kena delete dulu semua gadget yang kita tambah tu, supaya boleh process dengan gadget template ni. Senang rupanya. Mula - mula dah kenang dah duit melayang tetapi tidak boleh digunakan. 

Cuma yang saya kurang suka ialah, dia ada beberapa bug sedikit design mobile. Ataupun mata saya yang terlalu cerewet. Nanti lah rajin-rajin saya betulkan balik. Sekarang ni saya buat buat tak nampak je bug tu. HAHA.

Catat Ulasan

30 Ulasan

  1. Wahhhh I love it. Love it love it love it! I looks so cool.

    BalasPadam
  2. Wahhhh love it. Love it love it love it. It looks so cool!

    BalasPadam
  3. What you went through would be very challenging and stressful for me.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha, I would stress all day if this template not working

      Padam
  4. Cantik cosy ja psndangan, teringat pula dulu nak anak perempuan pilih tema ala-ala pink, zaman aura dulu, tah betul ke tak, tah la.. hehe semua ketentuan dariNya subhanAllah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha, saya rasa setiap mak mesti dah siap kan warna pink utk anak perempuan. Kakak dan mak saya pun selalu gitu apa apa bagi pink sampaikan saya rasa saya minat pink hahaha

      Padam
  5. Perasan jugakkk blog dah tukar wajahh, tapi still cantik! Lama lama nanti okey lah tu, awal awal je janggal sikit kannnn. Kalau saya pun, kalau dah malas nak betulkan bug, memang buat buat tak nampak jelahhh HAHAHA malas nak sakit kepala memikirkannya -,-

    BalasPadam
    Balasan
    1. hhahah,. kan tak pernah pernah guna warna gelap tu yang rasa mcm pelik ada warna gelap ni

      Padam
  6. warna rare ni. jarang orang pakai. love it! nampak cool gitu ^_^

    BalasPadam
  7. Cantik template baru ni. K.Naniey tak pernah lagi beli template. Template sedia ada tu dari tahun 2014 lagi. Pernah nak tukar template lepas tu malas nak hadap edit html tu. Last last biar je la dulu macam tu. Sekarang nak settlekan masalah breadcrumbs dulu. Pening pula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waahhh bestnya tak pernah beli template. Jimat duit kak. Wow dari zaman 2014. Time zaman 2014 tu Nadia selalu main blogskin je. hahaha acah acah pro coding gila time tu. Breadcrumbs akak yang mana eh kat blog? tak perasan pulak ada breadcrumbs.

      Padam
  8. Cantik!! Simple & nice sangat😊💕

    BalasPadam
  9. cantik dh ni.. nmpk matured.. akak pun mmg ada niat nk tkr jugak template tp masih x tau nk guna warna apa.. hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak guna warna rare kak, tak pun warna favourite akak

      Padam
  10. canrtik template baru ni nad, nampak cheek dan minimalist. seronok bila masuk sini

    BalasPadam
  11. Hello dear!
    The template looks great! Really nice :) I wouldn't be able to cope with changing the template myself. It has always been a difficult topic for me :D
    A very inspiring post! Greetings from Poland!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hello! Aww thank you. It is difficult. I've been searching any youtube that can teach me in the details how to install the template. But none of them are showing in details. They just say upload and tadaa you done!

      Padam
  12. Rasanya Mrs. A 1st time singgah sini.
    Tak pernah tahu macam mana template sebelum ini, tapi template ini menarik! dan font senang baca

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Mrs A. Kita rasa mcm terharu mrs A singgah ke blog kita. Betul Font dia menarik. Sebenarnya saya paling terkejut dengan bahagian comment, bukan main besar semua gambar hahaha

      Padam
  13. Cantikk
    Akak nk beli dgn etsy tp semua kad bank ditolak
    Sedangkan tak pernah shopping guna kad kredit pun
    Rasa2 kenasuruh kak AO designkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. yaAllah kak sama. kita nak beli etsy semua kad bank ditolak. Nasib baik jumpa BTemplates ni. Terima pun kad bank saya

      Padam
  14. Kalau beli template tu bab payment kadang problem. Kejap boleh kejap tak. Tapi itulah selagi tak beli jadi satu hal pulak stress sebab tak dapat beli. Why not sesekali tukar tema wark dark sikit. Kadang tu lah, view dekstop dah okay tapi mobile view problem.
    Dulu malas juga baca documentation tu. Bila terciduk barulah hegeh nak baca dari awal.
    cantik new template. Tak jauh beza layout dengan yang lama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe betul template tak jauh beza dengan design blog lama. Masih nak kekalkan design lama sebab rasa macam okay lagi design lama. Tetapi nak ada beberapa element mcm suggestion post haha. Tak larat pula nak kaji everyweek dan nak adjust semua coding tu, tu yangg beli terus.

      Padam
  15. pada mama nampak perfect jer. color ni cantik la nad

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.