Drama i-Tanggang: Episode 4 - Lies They All

 

Drama: I-Tanggang (Mother of All Lies)

Episod 4: Lies They All

Waktu Siaran : Isnin, 9.00 malam

Siaran TV: Astro Citra

Pengarah: Wan Hasliza Wan Zainuddin, Alak Idle, Rashidi Ishak

Produksi: KL Motion Pictures

Baca Juga: Sinopsis dan Episod 1 I-Tanggang

Episod 4 semakin membongkar setiap perbuatan yang dilakukan oleh ibu Khay. Bagi yang menonton, pasti tertanya - tanya wujud juga ya seorang ibu yang begini. Emosi adalah perkara yang paling penting pada wanita. Salah cara kawalannya, maka emosi ini lah yang akan menguasai otak kita. Jadi, pada mereka yang mengalami tekanan emosi bersegeralah mendapatkan bantuan yang sepatutnya, sebelum melarat akhirnya insan tersayang menjadi mangsa.

Dalam episod 4 ini, saya kagum dengan scene credit di mana, kali ini mereka memberi ilmu pengetahuan yang baru, mengenai dysfunctional family ataupun dalam bahasa melayu keluarga yang tidak berfungsi.

Dysfunctional Family adalah sebuah keluarga yang mempunyai banyak konflik, perbalahan, penderaan kanak - kanak berlaku secara berterusan, pengabaian terhadap kanak - kanak yang berlaku secara berkala dan berterusan. Anak - anak yang membesar dalam keluarga seperti ini menganggap bahawa keadaan seperti ini adalah perkara biasa.

Perkara yang paling takut mengenai dysfunctional family ini ialah "anak - anak yang membesar dalam keluarga seperti ini menganggap bahawa keadaan seperti ini aalah perkara biasa". Kita dapat lihat rangkaian dysfunctional family ini akan terus berterusan. Anak - anak yang mendapat keluarga seperti berkemungkinan besar untuk melakukan hal yang sama kepada anak - anaknya.

Ciri - ciri dysfunctional family

  1. Tiada komunikasi yang baik
  2. Berlakuknya pengabaian kasih sayang
  3. Tidak mampu mengawal perasaan
  4. Mempunyai masalah mental
  5. Terlibat dengan Dadah

Dalam episod 4 ini juga, saya dapat rasakan Nadhir yang pegang watak Syafiq, sebagai abang yang bertanggungjawab sangat - sangat lah bagus. Kiranya, Nadhir menjiwai watak ini sangat - sangat. Ada satu scene yang saya rasa dan terfikir "memang style abang - abang gini eh ? " Style di mana Syafiq mengarahkan adiknya ketepi, sebiji lah macam abang saya. HAHA. Penulis krip yang menggambarkan watak Syafiq ini pun bagi saya details lah kiranya meletakkan ciri ciri natural seorang abang yang sayang akan adik - adik nya, dan seorang lelaki yang menyedari tanggungjawabnya.

Syabas!

Apa yang Terjadi pada Episod 4 I-Tanggang ini? [Spoiler Alert]

Dalam episod 4 ini, Esra bukan main ganas lagi tindakan yang dia buat. Selepas membuat cerita di social media bahawa dia di halau dari rumah, dia buat pulak video bahawa dia kena halau sebab mak marah dia tak keluar bilik. Pandai betul manipulasikan cerita dekat social media.

Alyah (Ibu Esra), berasa sangat kecewa dengan tindakan anaknya yang telah menumbuk dia dan terhadap suaminya yang terlalu menangkan anaknya. Alyah mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut akibat tidak sanggup lagi menanggung keserabutan yang berlaku di dalam rumah. Eddie (ayah Esra) cuba memujuk Alyah sehinggan menyatakan untuk menghantar Esra ke sekolah pondok.

Esra yang tendengar perbualan tersebut, bertindak lebih agresif dan membuat laporan palsu dengan menyatakan dia telah dicabul oleh ayahnya. Disebabkan itu, Eddie ditahan polis untuk memberi disoal siasat.

Syafiq melihat kaki adiknya, Sue bengkak. Disebabkan risau dengan kesihatan adiknya, Syafiq mengajak Sue untuk pergi ke klinik bagi mendapatkan rawatan sebelum melarat. Di klinik, Sue di minta untuk membuat ujian air kencing, selepas mendapat keputusan. Waktu ini lah Syafiq baru tahu adiknya pregnant.

Syafiq memang mengamuk lah pada Sue siap melontarkan ayat pelacur pada Sue. Mana tidaknya, Syafiq penat - penat kerja siang malam untuk adik - adiknya, tahu - tahu adiknya buat aktiviti yang tidak bermoral ini. Mana tak sakit hatinya. [P/s: Time ni lah saya rasa maca power Nadhir berlakon].

Erma menerima jemputan untuk hadir ke perkongsian majlis persatuan ibu dan anak - anak kanser. Sepanjang perkongsian ini, Khay mengalami kecelaruan kerana setiap perkongsian yang diceritakan oleh pesakit kanser tidak sama dengan apa yang dia lalui. Contoh, setiap pesakit kanser selepas menjalan rawatan kemoterapi akan mengalami kanser, manakala bagi tidak untuk Khay. Mendengar cerita kanak - kanak kanser pergi merantau sana sini, akan tetapi Khay tidak pernah merasa suasana seperti itu kerana ibunya berkata padanya dekat luar ada virus jadi bahaya untuk keluar. Melihat setiap pesakit kanser apabila mengikut rawatan kemoterapi akan keguguran rambut. Tetapi, Khay tidak. Khay botak disebabkan mak dia yang cukur. 

Dekat sini Khay dah keliru dan mulai curiga......

p/s: Terpaksa berhenti blogwalking kejap sebab google dah detect saya robot pula. Nanti saya singgah blog kalian

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Semakin sensasi drama iTanggang ni. Saya join tengok lambat sikit. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yupp drama ni makin geram. Lagi lagi bila nampak reaksi khay baru sedar apa yang berlaku pada diri dia

      Padam
  2. watak semua best2 kan. naik gerammm tgok. lagi2 watak ersa. tergamak fitnah family dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. iyaa geram betul dengan ersa. Ada je idea nak buat cerita

      Padam
    2. Geram dan menarik!! Dia banyak menipu jadi kita boleh tengok sejauh mana dia boleh bawa dengan cerita menipu dia tu

      Padam
  3. Tak sempat tengok drama 1st episod nad tp mmg ada keluarga mcm ni. Kesian anak2 jd mangsa

    BalasPadam
  4. ramai tgk cerita ni bagu juga sebab ada banyak pengajaran dan mesej

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.