Tajuk : Hometown Cha-Cha-Cha
Jumlah Episod: 16
Pengarah: Yu Je-Won
Waktu Tayangan: Neflix, Sabtu dan Ahad, 10.00 p.m.
Siapa peminat Kdrama, mesti rata - rata tengah angau dengan cerita Hometown Cha - Cha - Cha ni kan? Saya agak lambat dari mana - mana insan yang laju dengan Kdrama ini. Awal - awal tengok Kim Seon-ho muncul dekat TikTok, mahupun timeline di twitter, tidaklah terasa nak tengok sangat. Rasa macam nak tunggu je dulu Kdrama ini tamat baru kita marathon.
Tetapi malangnya saya tewas apabila sleepover rumah kawan, dan kawan buka Hometown Cha-Cha-Cha episod 9. Eh eh bersemut uiiii. Saya tersengih sengih pulak tu.
Sinopsis
Yoon Hye-jin (Shin Min-a), seorang doktor gigi yang cerdas dan cantik yang tinggal di bandar besar, kehilangan pekerjaannya setelah dia menuduh ketua klinik lamanya itu kerana telah membuat banyak rawatan pesakit untuk mendapatkan keuntungan. Dia memulakan perjalanan ke desa tepi laut yang indah di Gongjin, di mana dia bertemu dengan Hong Du-sik (Kim Seon-ho). Du-sik dipandang tinggi di Gongjin kerana dia menjaga para penduduk di sana. Disebabkan Yoon Hye-Jin dan Hong Du-Sik selalu ada kerja bersama-sama, akhirnya mereka jatuh cinta.
-sinopsis tamat-
Kenapa kalian perlu menonton Hometown Cha-Cha-Cha (2021)
1. Pelakon Utama iaitu Shin Min-a dan Kim Seon-ho.
Shin Min-a ini kira dia buat comeback selepas dua tahun menyepi. Kalau pernah tengok salah satu kdrama yang popular dulu iaitu My Girlfriend is Gumiho, mesti kenal Shin Min-a ni. Kim Seon-ho pula watak kali ini, dia bukan lagi second man yang wrong timing, atau pun second man yang akan kecewa dalam percintaan macam dalam cerita start-up.
Baca Juga: KDrama: Start Up #TeamHanJiPyeong
Mungkin sebab saya dulu #TeamHanJiPyeong, maka memang tinggi lah harapan saya nak kan kebahagian itu milik Kim Seon-ho.
Selain itu, kedua - duanya serasi sangat dalam cerita ini. Dua dua ada lengsung pipit. Jadi macam lagi bertambah manis lah.
2. Tak Terlalu Rumit, Drama yang Santai
Baru - baru ini kita dah cukup tertekan dengan squid game. Jadi mood santai gini memang onz teruk. Dengan hadirnya drama Hometown Cha-Cha-Cha, boleh lah buat kita tak terlalu tertekan. Mungkin bagi yang single (tidak berkahwin lagi), mungkin akan terasa single sangat. Yang paling penting, memang kita tersengih apabila menonton drama ini, lagi lagi waktu episod 10 dan 11. Aishhh tak berhenti senyum daripada start yang episod itu hingga habisnya drama tu. HAHA.
Review
Review setakat episod 1-12 ini, boleh katakan drama ini sangat cute. Jadi kalau anda semua suka perasaan cute begini, saya sarankan menonton.
Dia ada juga element sedih sebab cerita ini juga mempertengahkan mengenai hubungan. Hubungan suami isteri yang bercerai kerana isteri terasa sekian - sekian. Perasaan seorang perempuan yang sedih, crush dia cinta orang lain. Banyak juga cinta tiga segi dalam drama ini. Tetapi semuanya berkaitan kasih sayang.
p/s: Boleh tengok drama ini di Neflix, dramacool, or kissassian.
Siapa sini tengah tengok drama ini juga ????
12 Ulasan
tengah tengok..hehe..baru episod 3..huhu..suka tengok kampung tepi laut..
BalasPadameyhhh samalah kita, tapi kim seo ni memang pandai betul berlakon
PadamBelum bernafsu nak tgk cerita Korea. Acanerrr nak join ni?
BalasPadamKu seru Mood to datang kak Ammi, tengok mula dengan hometown cha - cha - cha is the best choice haha
PadamI saw this drama trailer:) thanks for your review...
BalasPadamGo watchh it!
PadamDrama ni katanya best. Tapi takde masa lagi nak tengok.
BalasPadamBest cringe gitu, tapi rasanya sbb pelakon ni semua best best
PadamOwh tidak kringge
BalasPadamSaya tak tengok pulak drama ni Nadia. Jarang tengok K-Drama. Squid game tu je terlepas tengok.
BalasPadamPerasan dlm netflix. Haha masih cari masa nk tgk lps squid game
BalasPadammama tak penah tgk lagi.. boleh consider nanti ni
BalasPadamSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.