Tersesat ketika Hujan Lebat | Nasib Baik dapat juga Victoria Sandwich ini


Tajuk bukan main panjang lagi. Rasanya dengan tajuk semua boleh tahu permulaan dan pengakhiran cerita kali ini kan? Haha.

Ceritanya begini, saya memang rasa teringin sangat nak makan kek. Setiap hari scroll instagram, kalau - kalau ada yang jual victoria sandwich dekat kawasan banting. Gigihlah cari #VictoriaSandwich dan scroll sampai jumpa banting. Waktu jumpa ig yang jual kek seperti ini. Serius saya katakan, hati saya melompat - lompat kegembiraan. 

Saya pun WhatsApp dengan semangat nak order dan terus bank in, tapi sayang, dia dah tak buat victoria sandwich sebab katanya susah nak dapat stock strawberry. Luluh hati saya ketika itu, rasa sedih amat. *Drama Nadia*

Lepastu kebetulan ada kawan memang ada buka bisnes bakery ini. Kita pun merisik pada dia, ada tak jual kek begini. Lepastu dia kata tak buat lagi tetapi kalau saya nak, dia boleh sahaja nak buatkan. Sesungguhnya berbunga - bunga hati saya mendengar kata - kata daripada kawan saya. Apa lagi terus lah saya order!

Lepastu, saya jarang keluar ke kawasan perumahan ini, jalan - jalan memang saya tidak ingat. Saya memang tak mahir bab-bab jalan. Memang berpandukan google maps.

Waktu saya nak pergi itu hujan renyai, sekali dah start separuh jalan bukan main lebat hujan. Ya Allah hanya Allah je tahu betapa cuaknya saya ketika itu, memandu dalam keadaan hujan. Dengan saya fikir, kalau apa - apa berlaku siapa nak selamatkan saya ?

Kita pun ikut sahaja google maps bawa kita ke mana. Kemudian bila google maps kata "you have arrived". Kita pun macam teruja nak ambil cake. Tetapi, google maps hantar saya ke tempat yang salah.  Time itu juga, telefon saya tak boleh detect any intenet. Tiada line untuk internet. Saya tak tahu bagaimana nak hantar gambar kepada kawan saya lokasi saya.

Saya pun call dan cakap, "Saya sesat". Kawan saya pun cuak sebab saya explain lah kawasan saya macam mana. Tetapi saya cuba sedaya upaya untuk tidak cuak sebab kalau kita terlalu cuak kita tidak dapat berfikir dengan waras. Saya call dia sambil cuba kaji google map tu, Saya cuba sebut any benda yang ada pada google map sebagai petanda untuk kawan saya. Sambil - sambil saya cari tanda - tanda kawan saya bagi sebagai jalan ke kedai dia. Lama punya belek google maps tu, akhirnya saya ketemu juga kedainya.

Syukur Alhamdulillah saya selamat sampai ke kedai dan dapat membawa pulang kek yang enak ini.

Review : Victoria Sandwich by Asfaliza_delights

Kek dia bagi saya ada tekstur rangup - rangup gitu dan manis dia tidak terlalu manis. Jadi memang saya suka. Kelembutan kek pun saya suka. Senang cerita sangat perfect!

Kepada warga Banting, Telok Panglima Garang, Jenjarom atau yang berdekatan boleh cuba kek yang dibuat oleh mereka. #supportlocal.

Untuk maklumat lanjut boleh ke instagram @Asfaliza_delights

Catat Ulasan

29 Ulasan

  1. Fuhhhh lega dah dapat kek. Ray pulak yg lega haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perempuan mesti faham perasaan perempuan yang sesat ni hahaha

      Padam
  2. salam kenal.

    akak pun suka VS ni. adik akak banyak kali gak buat. seronok sebab ada strawberry kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhhh, adik buatkan. Nak jadi adik beradik akak boleh tak? Dapat makan VS selalu hehehe. Ya Betul ada strawberry hihi .

      Padam
  3. You should try baklava :) our tradinational dessert ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Woah, I search google baklava, from the image , I feel it going to be delicious! At first I thought baklava same as basbousa (Arabic Sweet), but from the image is not same. I need to find any turkey friends in Malaysia and taste it or find any Turkey Restaurant in Malaysia. :')

      Padam
  4. sedapnya! terpinga2 tengok time mlm2 ni mana nk cari hahaaa ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malam malam kalau craving bahaya kak, susah nak dapat. hehehe

      Padam
  5. Lega dapat puaskan anak tekak yang craving nak makan kek.
    Panik kan bila tiba tiba sesat dalam hujan lebat pula tu.
    Lagi stress bila maps cakap dah sampai tapi tak tahu pun kat mana. Lepas tu internet pula nak buat hal tak dapat nak connect..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul panik. Perempuan ni kan kalau jadi apa apa, emosi ni no 1 akan tetiba muncul. Banyak juga rumah saya masuk dekat halaman (kampung kan so dia besar halaman rumah), Nasib baik takde Tuan rumah marah saya.

      Padam
  6. Alhamdulillah, dapat yg dihajati..tak pernah lg makan kek ni, nampak sedap...boleh cari lps ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap! Lagi - lagi kalau kurang gemar cream hehehe

      Padam
  7. Alhamdulillah kiranya craving satisfied.

    Gigih ya tak tahu jalan redah guna google map kalau Mrs. A ni seriau nak drive kalau tak tahu jalan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nadia memang dari awal drive memang guna google maps je. Tak boleh ingat jalan. Short term memory melainkan tempat tu Nadia pergi almost everyweek nadia ingat itupun take time. Waktu zaman sekolah dulu Nadia rasa waktu darjah 6 baru Nadia ingat jalan pergi sekolah.

      Padam
  8. Penuh cobaan nak dapat makan kek ni, ye Nadia..huhu..lega betul rasa bila review kek sedap rangup..haha..tengok gambar pun dah tergoda niii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sedap, kalau tinggal area sini, ha grab lah dari local product ni. Support local

      Padam
  9. setelah mengharungi pelbagai dugaan akhrnya dpt jgk mkn kek tu! yeaaa~!!
    alhamdulillah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah syukur sangat. Kalau tak jumpa dah nangis dah kita hahahah

      Padam
  10. wahhh sedapnya! nasib baik la tak sesat dekat kawasan bahaya. Berbaloi finally dapat makan desert sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, nasib baik tak sesat dekat areaaaa bahaya. Nasib baik tu semua kawasan perumahan kampung yang ada orang.

      Padam
  11. wah kek tekstur rangup. menarik tu. sedapnya strawberry

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. kek rangup ni memang buat makanan lagi sedap. hehehe

      Padam
  12. Looks great and fingerlickingly delicious! Also presentation is perfect! Thanks. Greetings from Turkey. Happy newweek.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi! Thank you for the comment! Happy Workday! Haha.

      Padam
  13. Teringat drive masa hujan lebat gila. Gelabah betul dengan nak cari jalan dan drive kabur kabur macam tu. Syukurlah selamat sampai.
    Alhamdulillah..dapat juga kek yang diidamkan. Seingat saya tak pernah lagi rasa victoria sandwich cake. Lama tak ke banting tu. Kalau tak pkp dah sampai sana dah sebab rumah abang kat sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pernah drive hujan lebat gila, waktu tu pertama kali drive. baru start drive seminggu lepas bertahun tahun juga tak drive. Saya tak tahu macam mana nak bukak wiper. Gigih berhenti tepi jalan, pasang lampu kecemasan sbb nak bagi orang nampak kita kat tepi jalan lepastu call abang macam mana nak bukak wiper hahaha

      Padam
    2. Dapat bayangkan dia punya gelabah tu. Memang gelabah lah bila lama tak drive. Hujan pulak tu kan. Hahaha..kalau ingat balik memang buat gelak je. Sekarang ni lama bertahun saya tak drive. Kalau suruh drive ni saya tak tahu dah fungsi yang ada. Tahu masuk gear tekan break dan minyak je. Signal wiper lampu semua kena masuk kelas balik. Takpun tengok manual. hahahahaha..

      Padam
  14. Alhamdulillah, dapat jugakkkk makan walaupun sesat ye hahahaha. Tapi kek tu nampak sedappp!

    BalasPadam
  15. ahhh kek tu nampak sedap.. hehehe. topping dia tuuu

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.