Jimat Masa dengan Bed Sheet Holder Straps

 

 

Sengaja posting kali ini kita selit gambar jam tangan nak sampaikan pesanan "masa itu emas".  Ceritanya begini, disebabkan katil saya dekat hujung dan rasa macam leceh juga nak tegangkan katil setiap kali bangun tidur. Ini tak termasuk juga bila kadang - kadang kita rasa penat buat kerja, kita nak santai - santai atas katil kejap, lepastu bila bangun semula katil dah tidak tegang. Mula lah rasa nya lepas itu tiada mood sangat sebab fikirkan "habis masaku tegangkan katil ini". Haha

Over tak over saya ini? Haha. Saya ni sejenis manusia yang kalau rancangan mahu buat kerja tepat jam 3.00 p.m, tetapi tiba - tiba saya terlambat satu minit (3.01 p.m) memang terus tiada mood nak buat kerja. Haha. Jadi masalah sekecil - kecil (tegangkan cadar) pun boleh jadi punca dan asbab hidup saya tidak ceria buat beberapa saat. 

Awal - awal dulu kalau duduk asrama, kita akan belajar "hack life", nak katil sentiasa tegang kita letak jarum peniti dekat keliling katil itu. Jadi bila baring atau duduk, cadar takkan sensetif lari dari tempat asalnya. Tetapi jarum peniti ni biasalah, lama lama kita punya cadar tu dapat lepasi mereka.

Lepastu, baru - baru ini viral dekat twitter dan tiktok tentang Bed Shee Straps ini. Apa lagi memang terus beli lah, sebab memang sesuai untuk orang macam saya. Lagi - lagi apabila benda ni memang banyak membantu untuk jimat masa saya dan juga dapat membuatkan hati saya sedap mata memandang sekeliling bilik apabila tertekan sangat buat kerja depan laptop ini.


Macam ini lah rupanya Bed Sheet Holder Straps. Pengetip dia tu, kuat sebenarnya. Nampak macam biasa biasa kan, Tapi memang kuat, Jadi selalmat sahaja nak pakai dan boleh dipercayai.


Ni hasil saya pasang dekat setiap bucu katil. Boleh nampak tu saya dengan gigih memasikan setiap straps ini memang menarik cadar saya supaya sentiasa tegang.


Tadaa ini katil saya. Selimut tu memang lari sedikit lah dari tema cadar. Tetapi kita gunakan sahaja. Haritu nak cari cadar nak beli warna sama  - sama dengan selimut. Tetapi tak jumpa yang berkenan yang sekali dengan set sarung bantal peluk. Warna biru pun lawa juga kan.

Pada yang berminat nak beli bed sheet straps dan cadar single 3 in 1 boleh pergi ke link yang saya nyatakan di bawah ini:

Bed Sheet Straps: https://shp.ee.ax3yi9j
Cadar 3 in 1: https://shp.ee/24w44nj

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. oo..ada strap cadar..best tido atas cadar tegang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul , paling best bila bangun tak usah usah lagi nak tegangkan dengan gigih

      Padam
  2. Ada nampak blogger Ezy share ni. Saya dah add to cart tapi belum submit order lagi. Memang mudah sangat kerja kemas cadar bila pakai bedsheet clip ni. Sebelum ni masa sy duduk hostel zaman sekolah cadar kena string sentiasa dan sampai sekarang saya pakai pin lampin baby tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wuish pin lampin baby eh. Saya tak pernah lagi try gini.

      Padam
  3. kenapa lah strap ni tak pernah wujud masa zaman study dulu. Kena demerit kot bila cadar tak tegang haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kalau tak mesti dah tak kena tolak markah rumah sukan dah

      Padam
  4. Hi!
    Great review, very interesting this bar :)
    Regards!

    BalasPadam
  5. Bagus ni. Tak perlu lagi nak selit-selit hujung cadar.

    BalasPadam
  6. Memang memudahkan pakai benda ni, tapi betul tu, kalau saya pun, tengok cadar tak tegang memang sakit hati hahaha.

    BalasPadam
  7. haa sy pon guna ni.. puas hati la..
    bergolek2 tnpa risau pk cadar bersepah.. haha

    BalasPadam
  8. Ada nampak orang sharing ni kat shopee kot tak silap. Memang berguna sangat. Kalau kat asrama ni sangat menjimatkan masa. Mata pun tak sakit tengok cadar tak tegang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jimat masa lepastu best lah tak kena demerit hahahah

      Padam
  9. Niceee.. Lelagi untuk katil queen and king .. memerlukannya jugak nim. huhu

    BalasPadam
  10. cadar pun tegang je.. sngt brguna.. aishhh knapa la x beli zaman study dulu..hehe

    BalasPadam
  11. bila dah ada bed sheet strap ni cadar nampak tegang dan kemas je kan , ccl usha2 kat shopee juga

    BalasPadam
  12. Baru beli. Memang memudahkan kerja. Hehe. Katil sentiasa ready nk terjah

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.