Kunci Kereta Hilang


Gambar hiasan

Cerita kali ini memang betul betul kalut. Saya ini mesti tak lari dengan problem lain rasanya macam kalau dah lama tak keluar rumah adalah benda-benda yang saya lupa atau sesuatu perkara yang terjadi.

Ceritanya saya ada camping dengan kawan - kawan sekolah rendah. Jadi saya bawa kereta untuk pergi ke rumah kawan saya. Dan akan naik kereta mereka pula. Saya pergi sehari awal supaya mereka tak lambat disebabkan saya. Sampai sahaja saya di sana, kami terus pergi ke pasar raya sebab nak beli bahan untuk BBQ. Dah syok shopping ni tetiba saya check beg saya. Pap, kunci kereta tiada.

Oh memang berdebar. Sebab saya tak boleh nak trace mana kalau kunci kereta saya. Di manakah kereta saya jatuh. Dekat platform mana kunci saya jatuh.

Gigih juga cari setiap bawah kereta, sekeliling Taman untuk tahu di mana kunci kereta tersebut.

Lepastu disebabkan takut sangat terus call abah dan jelaskan abah segalanya dengan harapan tidak kena marah. Takut juga kalau kena marah automatik menangis.

Abah dan mak dekat rumah sedaya upaya mencari kunci kereta spare. Awal awal tak jumpa pun kunci spare tersebut lepastu tetiba jumpa. Alhamdulillah. Sekurang kurangnya ada kunci spare.

Esok paginya, lepas subuh saya dengar ada bunyi kereta tu. Saya macam fikir, kereta saya ke eh. Tapi sebab saya rasa takut sangat nak keluar sebab bukan kawasan rumah saya kan. Jadi saya macam bukan kereta saya agaknya.

Kemudian, kereta yang bakal ambil kami pun tiba. Saya pun otw nak letak barang semua, kemudian kebetulan ada aunty ni tegur. "Hello ini kereta merah kereta siapa ya". Saya terus "kereta sayaaa", aunty itu terus bagi kunci kereta tu dekat saya. Alhamdulillah lega hati saya. Saya harap kereta saya selamat sahaja berada dihadapan rumah kawan saya. Rasa risau pula kalau orang sebenarnya dah duplicate ke.

Semoga baik baik sahaja.

Kepada rakan - rakan blogger, maaf beberapa hari ini tak dapat nak blog walking, jadual padat sangat. Minggu depan kita blogwalking okay.

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. kunci kereta ilang mmg kalut.. mcm2 fikir..
    pernah skali jd kunci kereta ilang.. nsb baik ade knci spare..
    bukak2 kereta tgk2 kunci duk dlm kereta ats seat.. huuu

    arap xde org duplicate knci kereta tu.. insyaAllah baik2 je sume..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Risau betul time tu, dah lah memang berjauhan dengan parents lepastu kunci kereta pula hilang.

      Padam
  2. Allahu. Duplicate kunci tu yang buat kecut perut. Tapi in sya Allah mudah-mudahan tidak. Aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun harap supaya tidak berlaku lah sebarang duplicate. Seriau betul kalau betul betul berlaku

      Padam
  3. aunty tu jumpa kat mana kunci awak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aunty tu jumpa atas kereta dia, Dia nak cuci kereta tetiba dekat wiper tu ada kunci kereta saya. Nasib baik aunty tu baik. Kalau tak saya dah tak tenang

      Padam
  4. Ya Allah. Kalau saya memang dah gelabah habis dah. Syukur jumpa dan auntie tu baik hati bagi kunci kereta. Agaknya tercicir atau Nadia lupa nak keluarkan kunci.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tercicir. Tanpa saya sedar pula tu. Nasib baik betul aunty tu baik. Kalau tak memang menangis lah saya

      Padam
  5. aduyai mesti kalut sgt kan masa tu.. i feel you

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.