Degree Student




Hi uollssss, Okay Nadia nak buat pengumuman yang Nadia dah SAH MENJADI PELAJAR DEGREE !!!! Alhamdulillah, berjaya juga nak sambung belajar, dan ye semakin tinggi kita cuba capai semakin susah cabaran yang kita akan hadapi betul tak ?

Okay , im gonna tell u guys my feeling as A DEGREE STUDENT (FOR A WEEK) . HEHE. 
Nadia ambil bidang software engineering (Kejuruteraan Perisian) di Universiti Malaya. Awal awal Nadia pun tak sangka akan sambung belajar dalam bidang ni. Yelah, NADIA DAN IT ????? Macam suatu benda yang takkan boleh berlaku. Tapi tulah Nadia amalkan quotes ni
 
"THERE ARE NO WRONG CHOICE -ONLY DIFFERENT ONE"

Nadia tak buat keputusan salah cuma keputusan ni lain dari apa yang Nadia bayangkan dari zaman sekolah rendah. Nadia selalu ingat Nadia akan sambung dalam bidang matematik. Tapi tak tahu apa yang berlaku bila isi UPU, Nadia kuat katakan software engineering adalah subjek yang menarik untuk diterokai. Dan bila dapat keputusan UPU apa yang Nadia fikir ialah:

"TIADA LAGI PATAH BALIK, AMBIL CABARAN NI, BELAJAR, IKHLASKAN DIRI DAN CARI KERJAYAAN".

Walaupun hakikatnya awal awal belajar degree ni rasa takut , rasa down tengok orang lain nampak sangat pro dan begitu memahami dunia IT dengan hebat, ada rasa macam buat satu keputusan yang salah. Tapi tu lah realiti , tak ada yang mudah, kita sendiri yang kena berusaha bukan ? Jadi nak tak nak kita kena usaha sehingga berjaya. Insya-Allah amin. 

Walaupun Nadia kecewa, Nadia jumpa ramaaaai orang yang pro bab bab macam ni, tapi tak semua yang ada niat nak membantu dengan menceritakan pengalaman mereka . Paling sakit mereka gelakkan kita sebab TERLALU BODOH dalam hal ini. Tapi Nadia sedaya upaya gunakan ketawa mereka ni sebagai pembakar semangat. Satu hari nanti Nadia harap ketawa mereka bertukar menjadi WAH. (PRAY FOR MEEE UOLLS YANG BACA ENTRY NI).

So harapan Nadia, Nadia boleh hadapi dunia degree dan berjaya dengan jaya nya.

Kepada mereka yang baru bermula sambung belajar macam Nadia, harap anda tabah dan teruskan usaha,

Love uolss !

Catat Ulasan

0 Ulasan