Memaparkan catatan dengan label FYP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FYP. Papar semua catatan

Journal: FYP-DevLog 010: Coding DevLog-006

Minggu ni minggu yang agak sukar sedikit untuk saya meneruskan perjuangan coding ini. Banyak faktor yang menggangu. Pertama adalah drama melayu yang bertajuk Jodoh-Jodoh Anissa. Kedua, minggu vaksin, Ketiga adalah kerana kemalasan untuk meneruskan perjuangan Final Year Project (FYP) ini. Tetapi demi membina sebuah portfolio buat masa depan, akan saya teruskan juga perjuangan FYP ini.

 Isnin - 12/7/2021

Setelah menilai beberapa UI design melalui dribbble dan beberapa laman sesawang yang mempunyai design UI yang sangat bagus, ada beberapa perubahan yang saya nak ubah terhadap UI untuk Tax Exemption Web yang saya sedang usahakan.

Perubahan yang saya ingin lakukan ialah:

1. Menukarkan kedudukan percentage progress bar berada di bawah tajuk setiap bahagian borang (terinspirasi dengan borang shoppe affiliate program). 

2. Menukar warna projek ini kepada warna bertemakan stakeholders iaitu merah, hijau, dan hitam. 

 

Selasa - 13/7/2021

Selesai design front end, gerak kerja diteruskan dengan bahagian back end. Kali ini mahu re-design sekali lagi database yang bersesuaian dengan apa yang telah dibincang bersama stakeholders tempoh hari.

 

RABU - 14/7/2021

Idea mencurah hanya ada pada minda saya sahaja. Saya tewas untuk duduk depan laptop sebab nervous untuk pergi cucuk vaksin. Selepas vaksin, tangan lenguh, jadi saya hanya tidur.

 

Khamis - 15/7/2021

Flow Frontend saya dah berjaya untuk user upload lebih daripada satu receipt. Tetapi saya ada beberapa problem dengan design UI nya yang agak serabut buat masa kini. Struggle juga bab bab nak mendesign ni. Padahal saya hanya nak buat  table tetapi sebab ada beberapa data saya nak sertakan dalam table ini, dia agak mengacau process design saya.


Jumaat - 16/7/2021

Fuh akhirnya berjaya juga menyelesaikan masalah yang saya hadapi selama tiga hari untuk menyimpan mutiple file di database. Kesalahan saya adalah kerana naming saya tidak mengikut syarat array iaitu -> filename[]. Kotak array tu penting. Design front-end makin okay. Hanya perlu tambah calculation sahaja nak bagi tahu user berapa total derma yang telah dia update.

 Kesimpulan

Kesimpulan untuk minggu ini sebenarnya saya masih mencari waktu bila sesuai untuk saya buat kerja. Keadaan tangan lenguh sebab vaksin pun menjadi punca saya tidak mahu coding. Agak tidak selesa apabila coding sambil menahan sakit di tangan. Sejujurnya, saya agak tiada mood untuk minggu ini, saya kalau boleh nak matikan phone dan berlari jauh dari semua orang. haha


 

Journal: FYP-DevLog 009: Coding DevLog-005

 

Selepas meneliti sedikit structure untuk blog Nadia ni, Nadia rasa daripada Nadia blogkan day by day. it must better untuk buat week by week. So segmen ni bertukar daripada "Another day another DEVLOGGGG" dia jadi "Another week another devlog!!!!!!!!!!!!!!"

Haha-haha-haha-haha

6/7/2021 - Selasa

  1. Berjaya untuk buat page tax exemption kepada tab by tab, maksudnya user tak isi maklumat dengan begitu banyak sekali gus. Kesemuanya step by step gitu. 
  2. Wujudnya next dan previous button. 

7/7/2021 - Rabu

Lepaskan diri daripada coding (sebab tak into the mood sangat nak coding ni), so kita betulkan beberapa documentation FYP. ada beberapa bahagian yang ditegur oleh pensyarah. Jadi kita betulkan. Nasib baik tak banyak sebab report ni 105 muka surat (banyak banyak)

 

8/7/2021 - Khamis

Meeting bersama stakeholders. Allahu, agak mencabar sekarang ni. Sebab buat FYP ni terasa macam tengah kerja freelance. Awal-awal stakeholder seorang sahaja, kini jadi dua. bakal datang mungkin akan ada 3 ? hihi. 

Harini juga kiteorang decide nak guna agile methodology.  Memandangkan kitorang akan ada review dengan stakeholders lebih kurang 2 minggu sekali. Fuh. 

9/7/2021- Jumaat

Kemaskini Jira Software untuk kami structure kan balik gerak kerja kami disebabkan menggunakan Agile Methodology. Jira (Sebuah software yang dikhaskan untuk jalani agile methodology) ni menarik sebenarnya sebab boleh link dengan commit yang kita buat. So mcm puas ah gitu.

 Apa yang kitorang decide dalam Agile ni adalah setiap hari Isnin-Jumaat: Kiteorang perlu laksanakann 10 minutes meeting tempat jam 10 Pagi untuk update apa yang kami buat semalam, dan apa perancangan akan datang.

Journal: FYP-DevLog 008: Coding DevLog-004

 

Another day Another Devlog!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Alhamdulillah, berjaya harini dapat luangkan masa untuk fyp selama 2 jam. Untuk harini sekian lama dah tak coding, Nadia agak slow sikit dalam brainstorm atau dia macam agak kekok nak coding tu.

Kali ni Nadia buat progress dengan revamp UI Tax-Exemption tu, Nadia tambah progress bar, jadi user boleh lihat lah progress user dalam isi borang dah berapa peratus dah.

Nadia juga ubah suai sedikit UI untuk bahagian receipt sebab receipt ni user boleh add lebih dari satu. Jadi nak kena cipta dynamic table disitu.



Journal: FYP-DevLog 007: Coding DevLog-003


Pertama sekali saya sangat terkejut apabila melihat posting Journal: FYP-DevLog 006: Coding DevLog-002 mendapat sambutan yang agak baik. Ramai juga yang singgah dan baca posting ini. Sebab ketika Nadia menulis posting seperti ini, Nadia memang tak berharap ada insan yang sudi singgah untuk baca posting tersebut. Sebab pada asalnya Nadia hanya mahu menulis jadikan sebagai diari sahaja. Online Diary.

Terima kasih buat yang singgah dan baca posting mengenai DevLog. Secara jujurnya Nadia tak berpuas hati dengan penulisan Nadia untuk bahagian DevLog ini, Nadia tidak tahu bagaimana mahu menerangkan apa yang Nadia buat, apa progress Nadia terhadap project ini. Mungkin sebab Nadia tak biasa bercerita dengan orang mengenai progress kerja-kerja yang berkaitan akademik seperti ini. Tetapi tidak mengapa, Nadia akan terus tetap cuba untuk menulis dan berkongsi perjalanan FYP ini. Pada asalnya, Nadia nak buat blog khas untuk DevLog ni, tapi Nadia rasa macam alang alang baik buat dekat sini, atleast kita ni nampak lah aktif dalam blogging ni. Betul tak?

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi, tamat sudah FYP1 !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Semoga keputusan yang Nadia akan dapat pada bulan August adalah cemerlang. Amin

Matlamat untuk seterusnya:

Start esok (5/7/2021) Nadia bercadang untuk spend 1 jam hingga 2 jam sehari untuk coding phase. Jadi tiada kerja last minute. [Nadia nak put limit 2 jam sebab Nadia nak buat benda lain juga selain coding] - Hidup kena seimbang gitu

Start esok InsyaAllah akan ada more devlog yang Nadia nak buat setiap hari. Nak simpan sini sebagai diari jadi nanti dah tua boleh kita tengok balik kan :'). 

 Nadia akan lebih detail sikit dalam mencerita kan progress Nadia.

Okay itu sahaja!!



Journal: FYP-DevLog 006: Coding DevLog-002


Dulu ingatkan nak update setiap malam progress apa dibuat dalam menyiapkan FYP ni, tapi tewas juga nak buat begitu, banyak sangat assignment sampai keinginan nak berblogging pun makin tewas.

Kali ni hampir siap page "Tax Request Exemption" . Ada beberapa sahaja element perlu ditambah baik, terutama sekali bahagian kita nak bagi tahu user salah letak information.

Dalam banyak banyak assignment Nadia suka fyp sebab coding, tapi fyp ni seram juga kalau nak viva nanti, Korang doakan Nurul Nadia Binti Jamhari berjaya dalam viva FYP ok? Doakan Nadia Lulus dengan Cemerlang dalam FYP ni. Amin amin.

Sebagai penutup kita akhiri dengan video hasil kerja Nadia untuk page "Tax Request Exemption"

 






Journal: FYP-DevLog 005: Coding DevLog-001

 

Untuk harini baru sahaja lepas buat beberapa coding, sekadar beberapa frontend sebagai latihan sebelum down to deep dalam menyiapkan bahagian ini.

 Progress kali ni buat borang untuk permohonan pengecualian cukai. Idea asal sebenarnya nak buat modal popup tapi takpe kita buat dahulu borang, kemudian kita masukkan dalam modal. 

 

Tapi ni belum lagi masukkan  if else dalam JSX sebab pengecualian cukai ni terbahagi pada dua, sama ada dia memohon bagi pihak syarikat, atau dia memohon bagi pihak invidual.


 

Journal: FYP-DevLog 001-004 Part 2

 

Dah minggu ke-sembilan dah dalam peperangan menyelesaikan FYP ni. Terasa betapa susahnya juga ye perjalanan nak menjadi Software Engineering.

Pertama sekali sebenarnya Nadia bersyukur dapat buat project bersama Cinta Syria Malaysia. Terkenang zaman-zaman intern (bunyi macam dah lama padahal sem lepas intern), dimana berinteraksi dengan client, menulis email mengenai system, belajar deploy ke server. Semuanya terasa mengimbas kembali zaman intern

Okay tamat bahagian mengimbas kenangan lama ceh.

Sekarang ni Nadia nak berkongsi Tools apa yang Nadia guna untuk FYP ni. Nadia mengambil keputusan untuk gunakan React Js sebagai  Frontend dan Laravel sebagai Backend. React Js ni sebab waktu intern Nadia guna React Js. Jadi macam sayang kalau tak teruskan explore sepanjang buat FYP ni. Tapi berani jugalah React Js ni antara framework yang dikatakan susah untuk dipelajari. Patutnya beginner macam kita ni cuba dahulu framework Vue. Untuk Laravel pula sebab Nadia rasa dia apply MVC paling bagus (Yakin betul). Tapi serius Nadia rasa macam wow gak juga dengan Laravel. Berbanding waktu intern dulu. Intern dulu Nadia menggunakan C#, waktu tu ada satu project menggunakan React js + C# Asp.net . Fuh susah gak ah bahagian back end tu. Tetapi bila guna Laravel ni. Cuba migrate macam, eh bapak ah. POWER GILA! (*disclaimer: Ini adalah ekspresi seorang beginner).

 

BTW, Ada kekawan blogger Nadia di sini aliran sama dengan Nadia ??


Journal: FYP-DevLog 001-004 Part 1

 
 
Assalamualaikum dan Hi semua, memandangkan kali ni Nadia dekat tahun akhir sebagai pelajar dalam bidang Software Engineering. Nadia rasa content blog Nadia pada tahun ini mungkin akan lebih fokus kepada perjalanan untuk menyiapkan Projek Akhir Tahun (PAT). Sebenarnya agak terlambat Nadia memulakan perceritaan perjalanan Nadia dalam menyiapkan projek akhir tahun ini. Tapi bak kata peribahasa "Biar lambat asalkan selamat. Takkan lari gunung dikejar".
 
Secaram amnya, Nadia dah lalui 4 fasa peringkat dalam menyiapkan project akhir tahun ini (erti kata lain telah lalui 4 mesyuarat bersama penasihat). Dan setiap fasa ini ada beberapa perkara kena capai.

.....


Awalnya, Nadia nak buat projek akhir tahun bersama 2 rakan. Jadi jumlah kami adalah 3. Malangnya, jumlah maxsimum pelajar untuk kumpulan adalah 2. Boleh untuk buat 3, tetapi 3 ni untuk level tinggi sedikit. Jadi, selaku pelajar biasa biasa ni, Nadia nak pergi kepada projek akhir tahun level biasa. Bila dah 2 pelajar sahaja boleh dalam kumpulan, Nadia pun macam;
 
"Aduh kena buat solo lah macam ni"
"Boleh ke nak buat solo ni"
"What if kalau ada soalan, tanya kawan, kawan mungkin tak dapat nak tolong sebab tak memahami"
"Macam mana ni??"

Macam-macam lah perkara yang bermain dalam pemikiran waktu ni, bukan tak boleh nak buat solo. Tapi selaku pelajar biasa-biasa, Nadia agak kurang yakin pada diri sendiri (Amaran: amalan ini tidak elok diamalkan/dilakukan buat para pelajar). Tetapi Alhamdulillah, selepas bertanya kepada beberapa rakan, ada yang tetiba last minute WhatsApp dan cakap "Nak buat bersama?". Waktu ini, berbunga-bunga hati Nadia. 

Tetapi Nadia kira berani jugalah untuk buat bersama dengan rakan yang Nadia tak pernah pun bekerja sama dalam mana-mana projek sebelum ini. Erti kata lain, Nadia tak pernah tahu bagaimana cara dia buat kerja. Serasi ke kami berdua untuk setahun buat projek ni? 
 
Alhamdulillah sekali lagi, kami berdua saling melengkapi. Nadia ada pengalaman dalam web development. Manakala pasangan  PAT saya tersangat lah hebat dalam dokumentasi dan seseorang yang teratur dalam mengaturkan perancangan-perancangan untuk memastikan kami tidak buat PAT ini secara last minute.
 
 
Taknak bercerita panjang. Tajuk PAT kami berdua ialah "Non-Profit Organization Admin Tool". Projek ini mengenai digitization (Menukarkan sesuatu kepada dalam bentuk digital). Projek ni sangat menarik sebenarnya, sebab kita menukarkan sesuatu daripada manual, kita lebihkan sistem automatik yang mungkin hanya memerlukan pengguna tekan satu butang sahaja untuk sesuatu perkara. Kami bekerjasama dengan Cinta Syria Malaysia sepanjang projek ini dijalankan.

Nadia rasa cukup ini dahulu perkongsian part 1. Doakan Nadia berjaya dalam menjalankan PAT ni.