Food Review: Biscoff Lotus Biscuit

Saya dah lama sebenarnya perhatikan produk ini dekat shopee. Sebab dulu pernah dah makan bread spread Biscoff Lotus ini (salah satu post saya yang paling tinggi view --> Food Review: Lotus Biscoff Spread Crunchy, memang sedap rasanya.)

Jadi kali ini kita pun beli lah pula biscuit dia.

Waktu sampai sahaja biskut ini depan rumah saya, memang teruja betul nak rasa. Sebab saya agak kurang suka dengan biskut sebenarnya.  Paling banyak saya makan rasanya biskut hap seng cicah dengan teh panas. Biskut tiger, biskut jacob, Biskut oat dan sebagainya kebanyakkan saya tak telan dan tak kerap makan. 

Tetapi Biscoff Lotus Biscuit ini, saya memang suka dan saya beli untuk stok yang akan datang (packagingnya lebih besar pula. hehe). 

Bagaimana Rasa Biscoff Lotus Biscuit 

Untuk rasanya, rasanya sama sahaja seperti bread spread biscoff, tetapi bagi siapa yang tidak pernah rasa bread spread. Saya boleh bagi gambaran rasanya sama seperti sos caramel llao llao. Rasanya memang sama.

 
Tekstur Biscoff Lotus Biscuit
Dari segi tekstur bila makan dia crunchy rangup. Jadi sedap kunyah benda crunchy ini. Memang makan ada bunyi "kruk krap kruk krap".
 
Bahan-Bahan
Wheat flour, Sugar, Vegetable oil (contains one or more of soybean oil, canola oil, palm oil), brown sugar syrup, sodium bicarbonat (raising agent), soy flour, salt, cinammon

Kandungan gula berada di kedudukan no 2 di dalam bahan, saya boleh katakan bahan ini adalah manis.

 
Harga Biscoff Lotus Biscuit 
Untuk harga, ia adalah sangat mahal. Jadi kalau beli dan suka, jangan habiskan cepat cepat okay. Berpada-padalah makan itu, biar kita tidak terlalu membeli selalu. Lagipun makanan seperti ini kandungan gula sangatlah tinggi. Jadi kita jaga pemakanan kita elok-elok. Boleh makan, tetapi berkawal dari segi pengambilannya.

Bagi yang tidak pernah rasa biscoff ini dan teringin nak rasa, saya cadangkan anda beli dahulu packaging kecil. Ada sesetengah orang tekaknya tidak boleh masuk dengan biskut ni, ada sesetengah orang (iaitu saya) amat suka dengan biskut ini.

Bagi yang ingin membeli boleh beli di shopee -> Biscoff Lotus Biscuit

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Tak pernah cuba. nanti nak cuba la..

    BalasPadam
  2. If it is sweet, then I better not try.

    BalasPadam
    Balasan
    1. What I taste is not so sweet, but the ingredients sugar is at no 2. and they have sugar syrup too.

      Padam
  3. Biscoff lotus ni pernah rasa yang version orang buat kek je. Sedap! Spread dan biskut dia memang tak pernah try. Teringin juga nak rasa tapi itulah tak terbeli beli lagi sebab harganya bukan biasa biasa. Kat mall pun tak ada. Memang kat shopee lah ramai orang jual. Kot teringin nak rasa sangat nanti nak beli pek kecik lah dulu macam Nad suggest.

    BalasPadam
  4. saya tak pernah beli biskut dia saja, saya beli cheesecake biscoff haha. okayla sedap gak tapi agak manis

    BalasPadam
  5. Pernah beli jugak. Not bad la. I mean sedap but it's not something I'd eat too often. Once in a while okay.

    BalasPadam
  6. Tak pernah merasa lagi, tapi dari gambar nampak sedappp!

    BalasPadam
  7. Biscuit consumption is alot here! I think brand of "Biscoff-Lotus" you shared in the post is your popular biscuit brand like our brand "Ülker". Would like to try it with our 5 pm tea-break. Happy day Dear friend.

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.