Result Semester-6: Alhamdulillah

 

Berdebar betul hati ini nak tengok result untuk semester 6 ini. Cabaran menjadi pelajar tahun akhir ni buat kita berdebar betul sebab kalau kita gagal, agak kecewa di situ. Sebabnya ialah tahun akhir, nanti kawan-kawan dah graduate, kita nak buat assignment dengan siapa kan? Jadinya, amat berharap dapat lulus semester 6 ini. Lulus pun dah memang sangat bersyukur.

Penafian: Gagal bukan sesuatu yang teruk pun, kita sendiri belajar dari gagal. Cuma perancangan kita adalah kita mahukan kelulusan. Saya harap kata-kata di atas tidak mengecewakan mana-mana pihak.

Ceritanya, result patut keluar pada 5 Ogos 2021, dan selalunya result keluar dalam pukul 12.00 tengah hari, tetapi kali ini UM maju sungguh. Tepat jam 12.00 am, result terus keluar. Wah, bagus betul. Selalu kita akan bersesak-sesak bersama-sama dengan pelajar lain nak tengok result tepat jam 12.00 tengah hari ini. Tetapi kali ini, lancar sahaja. Tiada lagi loading lama - lama. Pada awalnya, saya nak tidur. Tetapi tak jadi tidur sebab macam nak tahu sangat result saya. Berdebar betul rasanya nak buka result. Saya gigihkan juga buka, dengan harapan kejap lagi boleh tidur dengan lena.

Alhamdulillah syukur rasanya boleh dapat result macam ni. Jadi pelajar tahun akhir ni memang cabaran dia sangat mencabar. Lagi sekali saya rasa online study ni agak memenatkan sangat. Buat presentation video bukan sesuatu yang saya suka sebab kalau tersalah mesti nak ulang balik buat dari awal sebab mahukan kesempurnaan. Padahal kalau kita buat live presentation, kalau tersasul kita cakap sahaja "Sorry" lepastu kita sebut perkataan yang betul. Belum lagi masuk beberapa assignment yang saya rasa amat tertekan nak buat sebab perlukan kemahiran teknikal tentang video yang sangat tinggi iaitu subjek digital cinematography. 

Harapan saya agar pada sem depan prestasi masih kekal. Saya sangat bersyukur saya lulus sem ke-6. Saya amat harap sem terakhir akan datang ini juga saya akan lulus pada sem tersebut. Mungkin saya patut usaha lebih untuk mencuba dapatkan 4.0? Tetapi itulah saya tidak mahu meletakkan tekanan pada diri saya sehingga stress. Bunyi pelik ayat ini. Saya bukan tiada target, tapi saya lebih suka target kecil daripada saya target besar. Contoh, saya ada 100% markah, dan ia dibahagi kepada 5 bahagian 20% setiap bahagian. Jadi saya lebih gemar untuk fokus satu - satu terlebih dahulu iaitu dapatkan 20% pertama. Sebab bagi saya bila saya meletakkan tekanan 4.0, saya akan rasa stress. Saya nak belajar dengan kenikmatan. Semoga saya dan yang mana-mana tengah belajar dapat teruskan perjuangan ini. Amin.

Catat Ulasan

27 Ulasan

  1. hebattttt��������
    tahniah!
    alfun mabruk!

    BalasPadam
  2. Takde kena buat Thesis eak untuk final sem?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut pada subject saya rasa. Saya tengok kawan-kawan saya law ada thesis paper. Macam kes saya, Final year, kami kena buat Final Year Project (Academic Project 1 and 2) - Academic Project 1 untuk Sem ke-6 dan Academic Project 2 untuk Sem ke-7. Dalam Academic Project ini kami akan buat research mengenai software/ atau any apps (Web application or mobile apps) yang kami kena develope. Contohnya, macam saya sekarang sedang develop web application untuk sebuah yayasan volunteer. Jadi saya kena buat research technology apa yang saya nak guna, kaedah apa yang saya nak guna bagi menyelesaikan masalah yang yayasan ini sedang hadapi. Apa features yang saya patut letak dalam system saya (web application). Saya kena coding sekali lah untuk menghasilkan web application tersebut. Saya ada documentkan journal academic project saya melalui label FYP -> https://www.nadiajamhari.com/search/label/FYP . Tetapi ada berhenti untuk dua minggu ini disebabkan faktor kesihatan.

      Padam
  3. Alhamdulilah
    tahniah ya
    sy rindu pula zaman belajar di universiti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Saya takut nak habiskan universiti nanti jadi rindu macam akak :(

      Padam
  4. Congratulations to your good result. You passed with flying colours. Now you can sleep soundly.

    BalasPadam
  5. wah tahniah <3 tinggi tu wahh

    BalasPadam
  6. Tahniah! Result gempak! Moga terus cemerlang 😊

    BalasPadam
  7. wah tahniahhh! hebat giler! walaupun sekarang ni musim belajar online tapi tak mematahkan semangat utk dapat result yg bagus.

    semoga berjaya utk last sem!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih!!!!!!!! Online ni mencabar disebabkan beban tu lagi banyak. Demotivated pun satu juga kekadang tu rasa mcm tepu sangat.

      Padam
  8. wahhh.. dean list.. tahniah... bukan senang nk capai pointer mcm tu..

    BalasPadam
  9. wahhhh hebatnya dapat dean list! Dah penat berusaha, go reward something for yourself okay? Tahniah tau :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you kak. Saya masih tengah scroll nak beli apa sebagai tanda penghargaan kepada diri sendiri haha

      Padam
  10. Alhamdulillah..result gempak. Anugerah Dekan lagi tu. Tahniah Nad. Semoga terus maju jaya :)

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah, tahniahhhh nadia! Result yang gempakkk!

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah result gempak hehehe.. semoga terus berjaya. Cousin hubby pun student UM juga mmg result wow

    BalasPadam
  13. Tahniah Nad. Dapat dean list pulak tu.

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.