Langkau ke kandungan utama

Gastrik: Aduh Sakitnya Perut


Pada Sabtu yang lepas, saya diserang gastrik. Puncanya sebab dua hari saya skip breakfast sebab malas dan rasa hanya mahu duduk sahaja. Lepastu first meal saya ialah makanan yang pedas dan pedas makanan itu berpunca daripada chilli flakes. Saya terletak banyak sebab saya ingat tidak pedas. Sekali makan, ya Allah pedas yang amat. Tetapi kerana kedegilan, saya habiskan juga makanan yang pedas itu.

Pada hari seterusnya, terus kena serangan gastrik. Awal-awal saya ingat kena biasa-biasa, sapu ubat angin, kentut dan sendawa keluarlah angin - angin yang menyebabkan perut sakit. Tetapi anggapan saya salah! Sakit sangat-sangat, sampaikan saya memang terbaring dan tidak terdaya nak berbuat apa-apa.

Lepastu, nak pergi klink, dah sampai depan klinik, tetiba perut dah tak sakit, tak jadi masuk klinik. Hehe. Saya tak bolehlah, bila tak sakit nanti tak tahu nak jawab apa kalau Doktor tanya, "Sakit apa?". Ah sudah! Memang tak boleh fikir waras nak jawab. Bila sampai rumah, tetiba perut sakit. Aduhh, nak patah balik ke klinik memang dah tak sanggup. Saya pun berniat kalau esok sakit, kita pergi klinik. Esok bangun, SAKIT LAGI TERUK DARI SEMALAM!!!!!!!!!!!. Kita selalu dengar "Covid19 is real", kali ini saya cakap dekat diri sendiri "Gastric is Real!"

Automatik saya memang terbaring. Dalam pukul 6.00 petang, saya pergilah klinik, sebab dah memang parah sangat sakit. 

Pada mulanya, saya pergi ke kIinik alam medik, tetapi doktor rehat sampai 7:30 petang. Lama sangat kalau nak tunggu. Nasib baik, ada klinik lagi satu kat depan. Nasib baik tak ramai orang, jadi cepat sikit proses. Saya suka klinik ini, selalu kita akan nampak nurse yang akan panggil  nama kita untuk masuk dalam bilik doktor. Tetapi klinik ini guna speaker tu. Inovasi yang sangat bagus haha. Lagi satu yang menarik, doktor nak tekan perut saya sebab nak tahu betul atau tidak saya kena gastrik. Doktor siap panggil nurse perempuan untuk jadi saksi, sebab nak elak benda tak elok. Terbaik bukan? Tak macam satu klinik, yang saya pernah pergi dan jururawat lelaki yang bertugas sangat gatal, sampai saya tidak mahu lagi pergi ke klinik itu lagi.

Pada hari ke-6, barulah gastrik saya berkurang. Saya dah kena belajar untuk makan sedikit tetapi dengan kerap supaya tidak lagi kena serangan gastrik :).
 
Nasihat saya, kalau anda ada gastrik, kita kena jaga baik-baik. Jangan ambil mudah dengan gastrik. Saya tidak tahu bagaimana dengan orang yang ada gastrik yang teruk, bagaimana mereka berpuasa. huhu

Jaga diri bailk-baik ya semua !

Ulasan

  1. gastrik is real...saya pernah kena injection lagi..sbb gastrik teruk sgt.. muntah2 bagai. memang serik la
    tapi kadang2 sbb busy, memang terlepas lunch...ptg tu bila rasa skt , terus telan gaviscon..memang ada standby je... and spicy food, memang try elak.
    ... semoga cepat sembuh key!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa saya pun kena standby gaviscon ni. Dan yes dah kena try to say no for spicy food. Saya ada tengok sesetengah orang yang gastik once dia makan spicy food auto masuk hospital sebab gastrik. Scary!

      Padam
  2. Allahu..memang gastric is real. Jangan biarkan perut kosong skip breakfast lagi tau. perut kosong jangan makan pedas pedas. Lama juga tu nak eloknya. Semoga cepat kembali sembuh.

    Sikap doktor tu harus dipuji :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul lama, waktu kali pertama saya disahkan ada gastrik saya mengambil masa dua minggu untuk betul-betul sembuh. Waktu tu pulak dekat asrama, nasib baik macam abah ambil dan jaga dekat rumah. Kalau tak lagi lambat sembuh sebab mak dan abah lah paling pandai jaga kita bila kita sakit.

      Padam
    2. Kena betul betul jaga jadual pemakanan dan kena memilih makanan yang betul ni. Take care Nad :)

      Padam
  3. Take care Nadia.. Makan kerap tapi sikit2 lagi better dari nak menanggung azab gastrik. Jangan biarkan sampai kena Gerd. Lagi susah nanti nak jaga makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gerd? First time saya dengar perkataan ini. Itulah saya memang dah start develop habit makan sikit sikit dengan kekerapan. Tak sanggup dah nak merasai kesakitan seperti ini lagi. Nak recover pun susah ni

      Padam
  4. Betul..gastric memang x leh buat- buat main...memang sakit giler kalau dibiarkan...semoga cepat sembuh ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menyesal juga bila saya kekadang ambil mudah. Akhirnya merana seminggu. Terima kasih atas doa :)

      Padam
  5. Wishing healty and hapiness...

    BalasPadam
  6. syafakillah nadia
    harap2nya skrg dah sembuh spt sedia kala.
    jgn lupa mkn �� ya

    BalasPadam
  7. tak tahu pulak gastrik ni teruk jugak sebenarnya 😭 gws!

    BalasPadam
  8. Heee tengok mak mentua kena gastrik sampai la ni trauma nak makan benda yang boleh trigger gastrik dan skip makan rasa macam, Ya Allah jauhkan aku dari gastrik..

    GWS Nadia. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa saya dah sama macam mak mentua akak. Saya trauma dah nak skip makan dan makan benda pedas.

      Padam
  9. Jaga diri baik-baik, Nadia. Moga dikurniakan kesembuhan sepenuhnya.

    BalasPadam
  10. saya tak pernah kena gastrik, tapi sakit perut yg melampau tu pernahlah, rasa macam nak mati dah. apatah lagi yang kena gastrik camni.
    kena jaga pemakanan terutama elakkan makanan yg terlalu pedas. jaga kesihatan okkii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, saya ingat sakit perut biasa juga, tapi bila dah berlarutan seminggu ini macam lain je ni. Saya pun dah kena tegas dengan diri sendiri, kalau tak nak je menyuap makanan pedas tu

      Padam
  11. sama la kita, perut ada gastrik. Kalau diserang tu memang tidur je la jawabnya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.