Fun Games at Plays.org | Saya Tidak Boleh Berhenti Main Game

 


Siapa dekat sini kaki game? Kalau anda kaki game, anda geng saya. Cuma saya ini kaki game yang santai. Tidak hardcore seperti streamer-streamer gaming yang dekat facebook/youtube atau dimana-mana platform streaming.

Baru-baru ini saya agak demotivated sedikit nak buat kerja (Final Year Project saya tertangguh kawan-kawan). Lepas itu, mahu main game seperti Mobile Legend atau Valorant rasa malas pula sebab game ini nak kena fokus betul - betul baru seronok dan puas. Tetapi saya ada penyelesaian iaitu Online Video Games dekat Plays.org.

Jujur saya katakan, waktu saya nampak website ini, saya buka website ini saya terus teruja. Sebab saya selalu sahaja google "Cooking Games", "Dress-up Games", "Online Games for Girls" dan sebagainya untuk main game-game yang chill-chill. Bila kita google nak main pula ada banyak set-up. Tetapi dengan plays.org, anda semua tidak perlu risau lagi, anda ada browser dan internet. Anda bersedia untuk bermain game!

Browser untuk main game

Plays.org tidak menyatakan browser mana yang paling best untuk main games. Tetapi sepanjang saya mencuba, browser yang memberi prestasi baik apabila kita bermain game ini adalah google chrome dan microsoft edge.

----------------------------------------------

Sebelum kita tenggelam jauh dengan games yang menarik pada plays.org ini. Saya tertarik dengan site background plays.org ini.

Tentang Plays.org

We are a site offering free and fun online games which can quickly be played from the browser. The thinking behind this site was since so many people are stuck at home during rolling lock downs maybe we could add a bit of joy to people's live - Plays.org

Terharu betul waktu saya baca site background plays.org ini. Rasa macam awww terima kasih developers kerana mewujudkan platform seperti ini untuk kami yang sedang tersepit duduk di rumah ini. Yang mahu main game tetapi mahukan game yang santai-santai tak nak stress-stress nak setting computer atau berjam-jam tunggu proses download.

Anda semua boleh baca lebih lanjut di About Us Plays.org

Pilihan Game di Plays.org

Plays.org menawarkan lebih daripada beratus-ratus games dalam ini. Malah boleh dikatakan setiap minggu akan ada game baru yang para developer ini akan tambah dalam platform ini. Kiranya setiap minggu kita ada benda baru untuk kita terokai. Menarik bukan? Sebabnya kalau anda sejenis bosan apabila main game yang sama sahaja. Plays.org adalah solusi untuk anda semua. Setiap minggu ada game baru, setiap minggu ada pengalaman baru! 

Untuk lihat game yang baru ditambah boleh pergi ke https://plays.org/games/.

Games Kegemaran Saya

Windows sekarang ikutkan dah tiada dah game-game zaman dulu seperti pin ball space ball dan minesweeper. Paling-paling pun ada sollitaire. Jadi waktu pertama kali saya pergi ke portal plays.org ini terus cari games yang saya rindu ni. HAHAHA. Serius excited gila!

1. Space Adventure Pinball Game



Windows dulu-dulu memangg ada game ini. Time tu memang best lah main dengan aim nak pastikan dapat top list. Dapat top list maksudnya paling hebat lah dalam keluarga. Tetapi game ini windows sekarang dah tak ada lagi dah.

Sebenarnya banyak game untuk kategori pinball tetapi yang paling saya suka ialah space adventure pinball. Dalam banyak-banyak game kategori pinball, User Interface game ini yang paling saya jatuh hati. Walaupun game ini tidak ada level macam mana game pin ball windows dulu, tapi user interface dia memang buat kita kenang game dulu. 

Nama game ini adventure saya kira kerana screen dia bergerak mengikut bola. Jadi anda kena siap sedia nak tekan bila bola tu sampai kat tempat untuk kita lantun. Sebab itu dia adventure, anda tak boleh jangka pergerakkan seterusnya itu dekat posisi mana. Haha

Untuk main game ini boleh terus ke https://plays.org/space-adventure-pinball/

2. Minesweeper Games


Game ini dua - dua best. User Interfacenya okay, sound dia okay, yang tak okaynya saya sebab tak cukup bijak nak analisa dekat mana bom berada.

Game ini pun dulu-dulu ada dekat windows. Pernah tak anda semua baca bahawa game ini ada trick nya sendiri ? Yang setiap nombor tu sebenarnya memberi tahu berapa bom berada di sekeliling mereka. Trick ni betul, setakat ni selepas berpuluh kali saya main, hanya sekali dua sahaja saya menang. Memang geram betul, lepastu bila menang saya lupa nak screenshot. Kalau tidak, boleh saya kongsikan kemenangan bersama kalian. Hahaha

Untuk main game minesweeper ini boleh ke https://plays.org/minesweeper/

3.Cooking Games


Walaupun saya dah berumur 20an atau lebih tepat 22, saya tak boleh lari daripada sifat perempuan sejati ini. SAYA TETAP AKAN SUKA MAIN COOKING GAMES, walaupun cooking games ini hanya games main potong-potong sayur. Ia tetap game yang best! 

Cooking games ini ada juga game yang macam gambar nak makanan lain, sekali proses tekan - tekan jadi makanan lain. Pelik pelik ah. hahaha

Antara empat games di atas, saya suka games yang "Barbie You Can Be a Chef Cooking  Game for Kids", tajuk game pun bukan main panjang. Haha

Yang Mickey and Minnie Universe: Mickey Mouse Game for Kids ini sedikit comel. Sebab dia buat kita rindu nak tengok kartun mickey mouse. Game ini ada banyak zone, zone nak selamatkan kucing, zone nak memasak dan sebagainya.

Untuk main game Cooking ini boleh ke https://plays.org/?s=Cooking

Nak chill - chill boleh lah main game di plays.org

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. game yg no 1 dlu mmg ada zaman pc windows me.. klmj sgt game tu zaman kampus suka jgk main tu kalau x main the sims.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan ??? Windows saya sekarang memang takde game ini, Ada juga mencari dekat tempat gamers ,sanggup beli jugak kalau ada. HAHAHAH. sekali main tak boleh berhenti main

      Padam
  2. woh byknya pilihan game. bahaya ni kang kalau mama dpt berhantu jadinya

    BalasPadam
  3. bestnyaa, kalau macam ni kena try ni

    BalasPadam
  4. macam best and santai2 jeeee, boleh la try nanti! :DD

    BalasPadam
  5. sy dr dulu candy crush je����

    BalasPadam
  6. Pernah baca tentang plays.org ni. Sangat menarik untuk mereka yang suka main game. banyak pilihan games dan free pulak tu kan.

    BalasPadam
  7. Banyak jugak game2 dalam plays game . Sampaikan tak tahu nak main yg mna

    BalasPadam
  8. dulu masa sekolah ada main game kat internet, banyak pilihan game yg ada dan game dia semua sesuai utk budak-budak perempuan xD girlsgogame nama link tu, taktahulah korang pernah dengar or tak. seronok main game dress up, make up, decorate doll house. rasa girlish sangat hahah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yaAllah pernah dengar juga girlsgogame ni, hjahahah dulu suka juga main dekat platform tu hahaha

      Padam
  9. Boleh suggest game utk hubby ni

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.