Thank You for 20K Pageviews

Sangat excited sebenarnya bila blog nadiajamhari ini mampu untuk mencapai 20k pageviews dalam masa yang sangat singkat. 

Sewaktu blog ini mencapai pageviews 10k, ia mengambil masa daripada tahun 2018 sehingga tahun 2021 (3 tahun). Untuk mencapai 20k pageviews kali ini mengambil masa 5 bulan iaitu daripada bulan Mac hingga Julai. Tak sangka dalam masa 5 bulan boleh dapat 20k pageviews.

 

Sangat berharap blog ini semakin lama akan semakin menambah pengungjung yang datang. Saya sangat mengalu-alukan kawan-kawan baru dalam dunia blogger ini. Boleh berkenalan, boleh berkongsi pendapat, boleh bertukar-tukar cita rasa dan sebagainya.

Secara jujurnya, banyak perubahan yang saya lakukan sejak tahun 2018 sewaktu saya mengambil keputusan untuk kembali ke dunia blogger setelah bertahun-tahun berhenti. Banyak juga saya pelajari daripada blogger-blogger terhebat bagaimana mereka kekal stabil dalam dunia blogger ini.

 Salah satunya yang saya perasan, para blogger lama ini mesti mempunyai posting setiap hari. Dan dalam masa sehari mereka tidak akan post sekali, lebih dari sekali. Banyak persoalan muncul dalam diri. 

1. Berapa lama masa yang diambil untuk setiap penulis blog ini menulis satu posting?

2. Adakah blog-blog ini sebenarnya mempunyai lebih daripada 1 penulis?

3. Bilakah mereka merangka semua posting mereka?

4. Adakah mereka mempunyai planner setiap bulan posting apa yang mereka akan publish pada 30 hari akan datang?

Rata-rata mereka bukannya menulis post yang pendek-pendek. Kesemuanya panjang-panjang belaka. Buat insan yang sudah lama dalam dunia blogger mungkin boleh jawab 4 soalan yang bermain dalam fikiran saya dalam ruangan komen ini. Terima kasih daun keladi buat mereka yang sudi berkongsi.

Akhir kata, saya harap saya akan meneruskan dunia blogging ini.

15 ulasan:

  1. tahniah. semoga terus berjaya

    BalasPadam
  2. Keep it up Nadia.. Tahniah.. :)

    Tak reti sangat nak menjawab soalan tu

    Sesetengah blog dan biasanya blog informasi ada lebih daru satu penulis. Normally boleh tengok di bahagian last posting ada nama lain (invited writer mcm tu). Kadang kadang 1 penulis shj which is masa lapang dorang akan draft entri2 dan akan scheduled post.

    hehe.. just my 2 cents :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih naniey. Betul juga tu, kalau ada lebih satu penulis mesti kena ada nama author, kalau tak nanti jadi apa pula. Dan ya saya bersetuju kalau blog informasi selalunya ada lebih (sebab bila buat research ke apa mesti nampak ada banyak author dalam satu blog )

      Padam
  3. wahhh lama jugak ye nak cecah 10k pv tu. Untuk jawab soalan nadia tu

    1. Depends on niche masing-masing. Macam I selalu up movie review so satu entry dengan 600 words minimum ambil masa dalam 1 jam je. Jadi lama sebab material (gambar, video, details team production). Kalau untuk entry pasal Btown/Fashion je ambil masa lama sebab nak godek banyak tempat. Kadang sampai seminggu lebih.

    2. ada blog yang ada lebih dari 1 author. For mine, I'm the only author lah hehehe

    3. I jarang buat draft posting. Usually I akan update blog lepas waktu kerja on weekdays and the whole day on weekend. Sebab content untuk blog I mudah nak dapat. Lepas layan movie dah boleh terus update.

    4. Yes! Sebab target entry setiap bulan around 60 entry tapi jarang la nak cecah target sebab I kerja. Turun naik jugak lah entry tu tapi I pastikan untuk update 30 entry. Cumanya habit I ni, entry tak ikut jadual. Kalau haritu ada masa nak update sampai 10 entry then I proceed dengan 10. Kalau malas, I tak update langsung. Ada blogger memang jaga bab ni sebab dia tengok bila audience paling ramai datang berkunjung. Main peranan jugak la benda tu.

    Panjang gila komen ni, I patut buat satu entry dah hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Go, pergi buat satu entry Haha

      Padam
    2. Saya setuju!!! Buat satu entry saya suka ingin membacanya

      Padam
  4. Waaahhh, tahniah Nadia!


    Bagus jugak soalan2 tu. Tapi bagi sis berblog untuk suka-suka dan niche pun masih terabur bak hang, tak ada fokus dengan pv ni. Tapi sekali dpat hit pun syiok jugak.

    Tahniah dan semoga terus sukses!

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..Tahniah! Pencapaian yang bagus, keep it up!

    1. Bergantung pada tajuk dan idea. Kalau datang idea mencurah curah kejap je lah ambil masa sebab laju menaip bila idea datang.

    2. Blog saya, hanya saya je penulisnya :)

    3. Bila ada idea, tulislah beberapa entri. lepas tu set auto publish ikut masa yang sesuai

    4. ada merangka beberapa post ikut harian je. Biasa 2-3 hari akan datang. Sampai 30 hari tu tak mampu rasanya. huhu

    BalasPadam
  6. Tahniah, Nadia. Semoga terus semangat berblogging ��

    BalasPadam
  7. Tahniah nadia! Keep it up!
    Saya kadang tulis siap siap, then schedule.
    Kadang kalau taip terus, biasa makan masa dalam sejam hehehe.
    Paling sekejap 30 minit dah boleh siap, kena tahu apa benda kita nak tulis. Bukan masa nak tulis tu baru nak fikir hehehe. Macam saya, saya dah tulis sikit sikit dalam notes telefon. Senang, nanti boleh buat rujukannn hehehe.

    BalasPadam
  8. Huyoooooo.. Nice! Kipidappp! Keep blogging!
    Saya memang pastikan mesti ada satu entri setiap hari, tapi kalau tak larat, kekadang tak sihat... just make sure mesti ada empat entri seminggu, im the only one tulis dalam blog.. biasa entri panjang panjang melibatkan barang atau makanan yang PR suruh tulis... ikut mood jugak... Kalau rasa nak membebel panjang.. panjang jadiknya... kadang kadang copy entry tu jadi lagii panjang... Hehe.... Masa pun depends pada idea.. sometimes dah kumpul idea, tulis satu ruangan dalam hp, nanti tinggal copy.. Haa.. ada jugak berhari hari baru siap satu entri... Haha... Apa pun, updated gitu

    BalasPadam
  9. Tahniah! dah 20k pv nadia..
    untuk soalan2 tu ramai dah jawab hehee
    cuma ada yg kate byk update byk pv naik..rasa mcm betul..

    melainkan kita pakar seo dah boleh agak letak keyword2 yg masuk dalam carian google so smggu 2 3 entri pn xde hal :)

    BalasPadam
  10. Tahniah dah cecah 20k pv :)

    BalasPadam
  11. Tahniahhh kak
    Teruskan menulis blog ya

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.