Selesai Vaksin Sinovac Dos Pertama | Side Effect Sinovac

 

 
Alhamdulillah, syukur selesai vaksin dos pertama. Saya dapat vaksin sinovac. Nervous juga sebenarnya bila dapat notifikasi daripada mysejantera untuk temu janji vaksin.

Saya dapat agak yang saya pasti akan menangis untuk sesi cucuk vaksin ini. Sebagai pengetahuan anda semua, ketika kementerian kesihatan menyuruh rakyat Malaysia mendaftarkan vaksin di mysejahtera, saya sendiri mengambil masa dua minggu untuk membuat keputusan untuk mendaftar. Bukan kerana saya antivaksin, akan tetapi disebabkan saya nak double confirm bahawa kaedah untuk saya ambil vaksin hanyalah dengan suntikan. Tiada alternatif lain seperti, ubat telan dan sebagainya. Saya siap tanya rakan-rakan saya yang mengambil jurusan bidang perubatan untuk memastikan hanya suntikan sahaja kaedah untuk ambil vaksin (punyalah nak mengelak sebab takut jarum).
 
Jadi, ada beberapa perkara yang saya sediakan untuk sorokkan tangisan saya ketika hari kejadian.


Kebetulan ada beli contact lense untuk digunakan buat sesi workout, Jadi outfit saya ketika hari kejadian adalah knitwear + inner yang dipontong lengannya + kacamata hitam. Hero saya pada hari kejadian ini ialah kacamata hitam.

Sejujurnya, saya memang takutkan jarum. Lagi-lagi setelah sekian lama saya tidak pernah kena suntikan. Kali terakhir saya kena suntikan adalah waktu demam denggi. Kemudian, ini adalah kali pertama saya berurusan untuk mendapatkan suntikan tanpa ibu bapa. Yang teman saya ketika itu adalah beg saya sahaja.

Terima kasih juga kepada Doktor tukang cucuk dan juga para sukarelawan yang tolong tenangkan saya. Jutaan terima kasih juga buat kacamata hitam saya yang tolong semburyikan airmata saya. Kalau tidak, memang malulah saya. 
 
Pakai jacket adalah pilihan paling tepat, kerana ketikan sesi suntikan itu, saya hanya mampu menangis dan memeluk beg saya sehingga selesai. Jadi, doktor tersebutlah yang selak jacket saya dan betulkan kembali jacket saya. HAHA.

Buat mereka yang takut boleh pakai macam saya. Outfit acah-acah cool, tetapi sebenanya menangis teresak-esak.


Lokasi PPV saya adalah Mahsa Universiti, Bandar Saujana Putra. Saya sangat sukakan prosedur mereka. Proses dimulakan dengan mengisi borang terlebih dahulu, kemudian ke bahagian semak kad pengenalan, kemudian sesi consultant  bersama Doktor dan tempat menunggu untuk ke kawasan suntikan. Proses vaksin saya daripada awal hingga lah selesai adalah selama 30 minit. Saya rasa lama tu sebab saya menangis hehehehe.
 
Kesan Sampingan
Alhamdulillah, saya hanya lenguh tangan yang kena suntikan. Demam ke, pening kepala ke dan sebagainya saya tak kena.

Saya doakan semoga segala urusan anda semua untuk vaksin dipermudankan. Semoga Malaysia sembuh daripada Covid.


Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Alhamdulillah dah setel dos pertama! Saya masih menunggu panggilan vaksin :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe, nanti sudan tiba masanya turn awak :))

      Padam
  2. Semoga kekal sihat dan stay safe. Naim masih waiting list lagi haha. :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terina kasin Naim. Tidak mengapa, giliran Naim akan tiba nanti :)

      Padam
  3. Ülkemizde su an sinovac ve biontech Aşı seçeneği sunulmakta henüz bende Aşı olmadım ama sanırım sinovac olmayı düşünüyorum...

    BalasPadam
    Balasan
    1. What do you mean when you are not decide that you was a sinovac or not? I'm Curious the type of vaccine in your country :))

      Padam
  4. tahniah...#gengsino..

    salam perkenalan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha, saya baru tahu hashtag geng sinovac ni. #gengSino. Salam perkenalan juga!

      Padam
  5. Alhamduliillah.. Tunggu 2nd dose pula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sebenarnya dah cuak dah untuk 2nd Dose. Tak jamin takkan menangis lagi

      Padam
  6. alhamdulillah, tahniah nadia

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..samalah kita vaksin Sinovac. Faham perasan tu, seram lain macam kalau takut sesuatu tu. Banyak hero dan penyelamat di hari bersejarah cucuk vaksin awak. Bagus kan semuanya cepat je proses dia. Tahu tahu dah kena cucuk

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, Tahniah ya! shida masih menunggu..

    BalasPadam
  9. hahaha nasib ada spek hitam sebagai penyelamat

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.