Journal: FYP-DevLog 010: Coding DevLog-006

Minggu ni minggu yang agak sukar sedikit untuk saya meneruskan perjuangan coding ini. Banyak faktor yang menggangu. Pertama adalah drama melayu yang bertajuk Jodoh-Jodoh Anissa. Kedua, minggu vaksin, Ketiga adalah kerana kemalasan untuk meneruskan perjuangan Final Year Project (FYP) ini. Tetapi demi membina sebuah portfolio buat masa depan, akan saya teruskan juga perjuangan FYP ini.

 Isnin - 12/7/2021

Setelah menilai beberapa UI design melalui dribbble dan beberapa laman sesawang yang mempunyai design UI yang sangat bagus, ada beberapa perubahan yang saya nak ubah terhadap UI untuk Tax Exemption Web yang saya sedang usahakan.

Perubahan yang saya ingin lakukan ialah:

1. Menukarkan kedudukan percentage progress bar berada di bawah tajuk setiap bahagian borang (terinspirasi dengan borang shoppe affiliate program). 

2. Menukar warna projek ini kepada warna bertemakan stakeholders iaitu merah, hijau, dan hitam. 

 

Selasa - 13/7/2021

Selesai design front end, gerak kerja diteruskan dengan bahagian back end. Kali ini mahu re-design sekali lagi database yang bersesuaian dengan apa yang telah dibincang bersama stakeholders tempoh hari.

 

RABU - 14/7/2021

Idea mencurah hanya ada pada minda saya sahaja. Saya tewas untuk duduk depan laptop sebab nervous untuk pergi cucuk vaksin. Selepas vaksin, tangan lenguh, jadi saya hanya tidur.

 

Khamis - 15/7/2021

Flow Frontend saya dah berjaya untuk user upload lebih daripada satu receipt. Tetapi saya ada beberapa problem dengan design UI nya yang agak serabut buat masa kini. Struggle juga bab bab nak mendesign ni. Padahal saya hanya nak buat  table tetapi sebab ada beberapa data saya nak sertakan dalam table ini, dia agak mengacau process design saya.


Jumaat - 16/7/2021

Fuh akhirnya berjaya juga menyelesaikan masalah yang saya hadapi selama tiga hari untuk menyimpan mutiple file di database. Kesalahan saya adalah kerana naming saya tidak mengikut syarat array iaitu -> filename[]. Kotak array tu penting. Design front-end makin okay. Hanya perlu tambah calculation sahaja nak bagi tahu user berapa total derma yang telah dia update.

 Kesimpulan

Kesimpulan untuk minggu ini sebenarnya saya masih mencari waktu bila sesuai untuk saya buat kerja. Keadaan tangan lenguh sebab vaksin pun menjadi punca saya tidak mahu coding. Agak tidak selesa apabila coding sambil menahan sakit di tangan. Sejujurnya, saya agak tiada mood untuk minggu ini, saya kalau boleh nak matikan phone dan berlari jauh dari semua orang. haha


 

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. haluu geng budak komputer hehe. OMG tho i don't get thru this yet, i can feel the tension. upcoming semester is the date. hopefully sama-sama dapat jayakan projek masing-masing. sis is so nerves hiks.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Finally, jumpa geng budak komputer. Dah boleh start fikir nak buat system apa.

      Padam
  2. Jika itu buat nadia kembali tenang, silakan..semua ditgan nadia :)
    take care! stay safe!

    BalasPadam
  3. Semoga berjaya dgn FYP nadia. Banyak yg kena try and error tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Saya masih mencari- cari mood nak buat FyP

      Padam
  4. Masih tak okay lagi ye tangan cucuk vaksin tu? Harap cepat okay dan dapat buat kerja dengan lebih selesa. Aaminn...

    BalasPadam
  5. Semoga dipermudahkan segala urusan.. Aamiin..
    Mesti power coding ni kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahu, kita biasa biasa je ni hehe masih belajar

      Padam
  6. Fuh, Semoga dipermudahkan semuanya even tho' tak faham semua tu. All the best and chiayok!

    BalasPadam
  7. memahami sangat bab tangan lenguh tu. Lepas cucuk vaksin haritu memang banyak tidur sebab nak rehatkan tangan. small progress is still a progress. Congrats!

    BalasPadam
  8. hebat hebat! sy tgk code HTML je dah juling bijik mata����

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe, saya biasa biasa sahaja. Cuma memang minat sangat bidang ini

      Padam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.