REVIEW: FRUNCHIES COOKIES AND BERRY

 

Siapa penggemar makan makanan yang manis. Makan makanan yang manis terlalu kerap sebenarnya tak elok, sekali sekala boleh lah ye. Sebab kita kena kawal pemakanan kita supaya hidup makin sihat. Eh terceramah pula.

FRUNCHIES COOKIES AND BERRY ni merupakan jenama yang pernah viral dan sedang viral. Kiranya jenama ni popular juga lah. Buat penggemar mengikuti makanan makanan trending ni, Frunchies antara jenama yang trending. Frunchies ni sebenarnya ada banyak product makanan iaitu Cookies Berry, Berry Crunch dan Confeti Series (Limited Edition). Dan yang Nadia bakal review ni ialah Cookies Berry.



Ni apa yang Nadia dapat, tapi ni dah makan sikit tau hehehhe, Time tu tak boleh tahan sangat bila dah dapat jadi kita pun makan lah, hehe. Dalam dia ada cranberry tau. Tapi sebab dah bergoyang-goyang dengan abang DHL. Oleh itu, warna merahnya sudah hilang. Kalau korang selalu tengok seller yang jual frunchie ni selalunya korang akan nampak gambar promote seperti dibawah.


Cookies Berry by Frunchie ni sedap. Cookies dia rangup walaupun dah bersalut dengan coklat still makan tu boleh rasanya crunch crunch. Kuantiti cranberrynya agak sedikit seperti dalam gambar marketing. Coklatnya manis. Jadi macam kalau nak consume everyday tu macam tak sesuai. Makan sekali sekala should be okay. Once beli jangan terus balun habiskan. Nikmati satu persatu supaya lambat habis. Paling Nadia suka ialah Biskut dia sebenarnya. Sebab Biskut dia crunch sangat sangat! 

 

Korang dah rasa belum? 

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Dah pernah cuba jugak frunchies ni yg cookies dgn yang macam chocojar tu.. Sedap! cuma harga agak mahal sikit la :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yupp betul. A bit pricy . Ada try mouthgams tak ?

      Padam
  2. Frunchie ni pernah viral di twitter dua kali kot sebab kandungan dalam tu sikit sangat macam tak betul dengan berat dibotol. Tapi next time boleh try! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup betul! Viral sebabkan issue tu. So sebelum beli kena siap sedia redha dulu

      Padam
  3. Belummm tapi nak cubalah ^^

    Macam mudah terpengaruh I always then nak beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe belilah untuk merasa gitu. Nadia beli sebab nak try

      Padam
  4. Wahhh mengancam tengok. Lain dari yang lain. Biasa nampak cookies dengan chocolate je. Ini ada buah lagilah sedap.

    BalasPadam
  5. Frunchies not bad tapi mouthgasm lagi sedap personally

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.