Journal: FYP-DevLog 001-004 Part 1

 
 
Assalamualaikum dan Hi semua, memandangkan kali ni Nadia dekat tahun akhir sebagai pelajar dalam bidang Software Engineering. Nadia rasa content blog Nadia pada tahun ini mungkin akan lebih fokus kepada perjalanan untuk menyiapkan Projek Akhir Tahun (PAT). Sebenarnya agak terlambat Nadia memulakan perceritaan perjalanan Nadia dalam menyiapkan projek akhir tahun ini. Tapi bak kata peribahasa "Biar lambat asalkan selamat. Takkan lari gunung dikejar".
 
Secaram amnya, Nadia dah lalui 4 fasa peringkat dalam menyiapkan project akhir tahun ini (erti kata lain telah lalui 4 mesyuarat bersama penasihat). Dan setiap fasa ini ada beberapa perkara kena capai.

.....


Awalnya, Nadia nak buat projek akhir tahun bersama 2 rakan. Jadi jumlah kami adalah 3. Malangnya, jumlah maxsimum pelajar untuk kumpulan adalah 2. Boleh untuk buat 3, tetapi 3 ni untuk level tinggi sedikit. Jadi, selaku pelajar biasa biasa ni, Nadia nak pergi kepada projek akhir tahun level biasa. Bila dah 2 pelajar sahaja boleh dalam kumpulan, Nadia pun macam;
 
"Aduh kena buat solo lah macam ni"
"Boleh ke nak buat solo ni"
"What if kalau ada soalan, tanya kawan, kawan mungkin tak dapat nak tolong sebab tak memahami"
"Macam mana ni??"

Macam-macam lah perkara yang bermain dalam pemikiran waktu ni, bukan tak boleh nak buat solo. Tapi selaku pelajar biasa-biasa, Nadia agak kurang yakin pada diri sendiri (Amaran: amalan ini tidak elok diamalkan/dilakukan buat para pelajar). Tetapi Alhamdulillah, selepas bertanya kepada beberapa rakan, ada yang tetiba last minute WhatsApp dan cakap "Nak buat bersama?". Waktu ini, berbunga-bunga hati Nadia. 

Tetapi Nadia kira berani jugalah untuk buat bersama dengan rakan yang Nadia tak pernah pun bekerja sama dalam mana-mana projek sebelum ini. Erti kata lain, Nadia tak pernah tahu bagaimana cara dia buat kerja. Serasi ke kami berdua untuk setahun buat projek ni? 
 
Alhamdulillah sekali lagi, kami berdua saling melengkapi. Nadia ada pengalaman dalam web development. Manakala pasangan  PAT saya tersangat lah hebat dalam dokumentasi dan seseorang yang teratur dalam mengaturkan perancangan-perancangan untuk memastikan kami tidak buat PAT ini secara last minute.
 
 
Taknak bercerita panjang. Tajuk PAT kami berdua ialah "Non-Profit Organization Admin Tool". Projek ini mengenai digitization (Menukarkan sesuatu kepada dalam bentuk digital). Projek ni sangat menarik sebenarnya, sebab kita menukarkan sesuatu daripada manual, kita lebihkan sistem automatik yang mungkin hanya memerlukan pengguna tekan satu butang sahaja untuk sesuatu perkara. Kami bekerjasama dengan Cinta Syria Malaysia sepanjang projek ini dijalankan.

Nadia rasa cukup ini dahulu perkongsian part 1. Doakan Nadia berjaya dalam menjalankan PAT ni.


 

 


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. All the best untuk your PAT ^_^ Semoga Allah permudahkan urusan. bestnya dapat partner yg buat kerja, kdg seram bila bekerja dgn orang baru

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.