EDUCATION: END INTERNSHIP 6 MONTHS

 

  
Alhamdulillah berjaya juga habiskan intern 6 bulan di SeeSharp Solutions Sdn Bhd.

Buat pengetahuan semua, Nadia intern sebagai position web developer intern. Maknyanya tugas yang Nadia akan buat lebih kepada menghasilkan system web dan kerja-kerja lain as intern assist all the senior developer.

Nadia rasa bersyukur kerana sepanjang intern ni, Nadia diberi peluang untuk belajar banyak perkara, bagaimana seorang developer bekerja dalam industry ni. Dan ternyatalah bidang ni tido tak menentu, lagi lagi kalau kejar deadline, Allahu.

Nadia ingat lagi, waktu minggu pertama kerja, hampir setiap hari tidur 3,4 pagi sebab Nadia tak pernah jumpa framework ni semua sewaktu belajar di universiti. Apa yang dibelajar dekat universiti adalah asas pengenalan je, sampai ke tempat kerja, Allahu tak pasal pasal :'). TERCIDUK. Tapi Alhamdulillah survive! Survive pun survive, dan yang penting BANYAK ILMU YANG NADIA BELAJAR. ALHAMDULILLAH.
 
Dekat sini Nadia nak share dengan korang beberapa tips terutama bagi mereka yang melanjutkan pelajaran dalam bidang software engineering.

1. Tahu Nak Belajar Apa.
Kenapa Nadia cakap macam ni? Sebenarnya terpulang pada masing-masing. Tetapi lebih elok kalau dah ada aim nak belajar apa, sebab time intern ni lah kita nak korek ilmu banyak banyak. Kita nak belajar macam mana industri ni develope app.

2. Mengkaji company yang dipohon
Check elok elok company yang korang nak mohon for intern ni. Kalau boleh try apply company yang senior mintak sambil sambil tanya macam mana intern sana, dapat belajar tak? Bukan apa, ada sesetengah company tak memberi peluang kepada orang macam kita ni untuk pelajari, untuk kita explore industri ni untuk develope app/website.

3. Jangan sia-siakan Tempoh Intern
Nadia pernah pergi interview, orang yang interview Nadia tu cakap "Selalunya, intern ni dia buat sia-sia waktu intern, dia ingat ini adalah fasa honeymoon". So, sila berusaha sungguh-sungguh okay! Jangan main-main bila buat tugasan tu.

4. Kena pandai Teknik Google
Secara jujurnya, ni pun Nadia gagal. Tetapi senior-senior tempat kerja selalu tolong cara untuk google. Tetapi kadang-kadang senior ajar cara google pun rasa fail gitu jugak. So sila faham cara nak google okay. Boleh je tanya senior, ada hint tak? Sebab diorang kan mcm dah biasa dan dah faham gitu.

Okay buat setakat ni itu je.




Catat Ulasan

3 Ulasan

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.