Shopping Hair clips and Hair pins : Review

 
Hallo semua! Kita dah pun digemparkan PKP seluruh Malaysia kecuali Perlis, Pahang, Kedah. Harap semua okay-okay sahaja. Jaga diri dan kesihatan tau!
 
Nadia dan shopping memang tak boleh dipisahkan, selagi Nadia punya duit khas shopping tu masih ada je lagi, mesti ada je benda yang Nadia nak beli. Baru-baru ni Nadia tengok cerita Touch Your Heart, dan adalah scene pelakon perempuan ketika tu memakai headband depan cermin sambil pakai skincare. Terus macam "Okay aku perlu beli benda ni, sebab senang lah nanti nak pakai skincare kan hehe".

Maka terbeli lah headband berwarna pink comel gitu, Nadia suka headband ni sebab tak macam cekak. Cekak bila pakai sangat sakit dia macam mengguris kulit kepala, atau sebab Nadia tak pandai pakai maka Nadia sendiri telah melukai atau mengguris kulit kepala. Bagi warga wanita diluar sana, nak stay cute pada masa yang sama anda bebas dari rambut mengacau muka anda ? beli lah headband! 

Beli dan korang akan cute macam ni!
 
 
Seterusnya Nadia beli sepit rambut. Yang ni sebab tak nak selalu ikat rambut. Orang kata kalau selalu ikat kita akan mcm tarik rambut tu dari akar tu yang asyik banyak je rambut tertanggal. Nadia taknak botak! Jadi alternative nya beli sepit rambut, besar juga dan sesuai buat wanita yang rambutnya panjang dan tebal.
 

Nampak tak macam style kan kalau pakai benda ni. Boleh dapat kan okay
 
Seterusnya, yang ni Nadia agak terciduk sikit, sebab dekat gambar punya lah besar mungkin sebab ambil gambar dari dekat kot kan, Tanpa baca review pula Nadia, Nadia pi beli ja. Tengok tengok kecik macam untuk buat rambut toncang kecil kecik tu, Adoiii mana nak muat ikat rambut Nadia ni. Tapi takpe kita akan try guna sebaik mungkin
 

 
 
Ha getah rambut atas tu sesuai untuk buat rambut gaya ni. HAHAHA
 
Kalau korang ada minat minat nak beli mana-mana product boleh ke Shopee -- > Shop here

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. thank youuu for review! i mmg tgh cari pin pin ni ..boleh try tgk sini

    BalasPadam
  2. wah rajinnya beli2 ni..hehhe


    minta tolong baca entri terbaru saya,nak minta tolong sesuatu :)

    BalasPadam
  3. saya selalu jugak beli headband, sbb rasa selesa bila rambut tu takde dekat muka, lol. Elak jerawat dekat dahi pon ye, tapi selalu sangat hilang hahaha. Jadi saya dah give up dan guna sepit rambut je

    yg ikat rambut ketat2 tu mmg betul. pakai scrunchy pon ok jugak kalau xsilap, jgn ikat ketat sgt

    BalasPadam
    Balasan
    1. waaah fakta menarik ni, pakai headband hilang jerawat yaaaa menarik menark . Betul dengan rambut gugurnya!!!

      Padam
  4. heheh betul. dulu-dulu ada org ckp ikat rambut buat rambut sllu gugur . jadi guna sepit. lama2 sepit da hilang. last2 ikat juga rambut balik😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. kann! Aip Dila kenapa dila hilangkan ni. Tapi kita pun sama , ni sepit ke berapa eh kita beli ni hehehe

      Padam
  5. alamak getah rambut tu kecik sangat tu.. xpela Nadia blh cuba buat style reggae..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kecik sangat tak sesuai dengan rambut Nadia!!!!!!!1

      Padam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.