Hello November!

 

 
Pejam celik pejam celik, cepatnya kan dah november ? Semoga November ni baik baik je untuk kita.

Sempena post kali ni Nadia ingat nak berkongsi tentang beberapa yang Nadia bersyukur sepanjang bulan Oktober

1. Dapat Belajar Framework baru iaitu MVC dan React.
 
Masuk Bulan Oktober ni dikira Nadia dan internship selama 2 bulan, Alhamdulillah banyak juga Nadia belajar dalam tempoh masa dua bulan iaitu coding in MVC dan juga paling-paling demand sekarang ialah React. Sesiapa dalam bidang web development ni mesti selalu nampak iklan "You might not like it, but you do it everyday" . Ya dan ya, Nadia tak sangka setiap hari Nadia hadap JavaScript, language yang bagi Nadia agak susah juga Nadia nak mahir. Tapi Alhamdulillah semuanya okay-okay. Ada pahit - pahit tu benda normal lah kan dalam intern ni kan ?


2. Work From Home.
 
Nadia agak bersyukur dapat diberi Work From Home. Salah satu sebabnya, Nadia dapat jimat masa daripada rumah ke office (1 Jam pergi, dan balik 2 Jam). Nadia jimat 3 jam sehari untuk proses pergi dan balik Kerja. Kedua, sejak Work From Home ni Nadia balik ke rumah dengan Parents, makanan semua nya ada eh eh. Lagi pun sejak kebelakangan sebelum Nadia pulang ke rumah Parents. Jadi Work From Home ni satu nikmat yang Nadia bersyukur sangat-sangat.
 

3. Nadia dah pandai drive
 
Walaupun tidaklah sehebat mana, tapi Nadia bersyukur akhirnya Nadia boleh driving jadi bila ada nak ke mana-mana ke Nadia boleh pergi tanpa nak tunggu mana mana orang ke. I just can go by myself! tapi sekarang CMCO kat Selangor kan. Maka kita tengok aja kereta tu dekat parking tu hehe.

Nadia rasa cukup lah 3 ni sahaja memandangkan Oktober ni tak banyak pun aktiviti Nadia buat selain menjalani Internship.

5 ulasan:

  1. yay!!! congrats sbb dah pandai drive :) nanti nak pergi mana2 senang dah boleh drive sniri kan

    BalasPadam
  2. saya masih lesen L, motor so far boleh bawak tpi kereta masih terencat sikit drive huhu
    doakan saya boleh drive elok2 T^T tiap hujung minggu mesti praktis dgn kakak

    BalasPadam
  3. Good luck untuk internship! Time ni belajar banyak2 dari semua orang kat sana!

    Best la dah boleh drive. Senang nak gerak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih cik TK ! ya betul tapi MCO ish ish

      Padam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.