Langkau ke kandungan utama

Food: Mouthgasm Crunchy Nyummy

 

 
 
Waktu makanan sebegini viral, Nadia selalu macam "Hello, apa yang sedap sangat makan makanan macam ni ? Coklat je kot" [Judge teruk]. Tapi Nadia fikir macam ini ada sebab, sebabnya ialah Nadia bukan peminat orang yang makan coklat. Nadia sejenis orang yang kurang makan benda benda kunyah ni. Kerepek yang macam potato ke apa ke memang Nadia bukan sejenis begitu. Siapa macam Nadia angkat tangan sikit!!!

Macam satu hari tu Nadia tengok kawan Nadia baru jadi dropship untuk jenama Mouthgasm ni, Nadia rasa macam okaylah alang-alang apa kata Nadia cuba chocojar ni kan. Nak tahu juga apa yang sedap sangat, dan kenapa orang makan benda ni. Jadi kita pun beli.

Waktu pertama kali nampak, agak susah jugalah Nadia nak startkan kunyah pertama. Bukan sebab takut ke, atau macam tak berani nak mulakan benda baru kan. Tapi sebab Nadia memang sejenis yang agak kurang tertarik dengan coklat. Disebabkan kebiasaan macam ni, rasanya selepas seminggu Nadia beli barulah Nadia makan untuk suapan pertama. Lama kan ?

Dengan suapan pertama tu, maka berlaturan lah ke suapan kedua dan ketiga serta seterusnya sebab gabungan ni sangat sedap dan sesuai! Selalu kita makan cococrunch dengan susu kan. Tapi ni cococrunch dengan Mocha Chocolate geng! Jadi bila dia masuk kedalam mulut, amatlah nikmat serta memuaskan serta upmhh beli satu tidak cukup! Dan benda ni sebab Nadia beli satu je, maka Nadia macam berjimat makan tu sebab taknak terlepas nikmat yang sedap ni. Lagi satu Nadia memang akan macam "Eh enough Nadia, Dont eat benda manis tanpa memikirkan kesihatan di masa depan". So Nadia akan cuba pastikan Nadia makan sikit sikit , tak habiskan terus dalam masa dua hari ke.

Korang pernah makan chocojar jenama mana ? Ada tak nak yang nak cadangkan kat Nadia ? Atau mungkin korang juga penjual chocojar ? Kalau korang penjual chocojar boleh lah juga comment kat bawah details chocojar yang korang jual dan macam mana nak contact. Mana tahu Nadia boleh mencuba chocojar jenama lain dan beli melalui korang!.

Ulasan

  1. bahaya addicted dgn coco ni...i addicted hari tu time pkp, byk gila makan now kena stop dah..sbb badan naik mendadak

    BalasPadam
  2. chocojar sedap, tapi jangan addicted sangat ya!

    BalasPadam
  3. saya sebenarnya tk suka makan bende manis, pastu haritu nmpak crush saya jual bende ni n secara kebetulan pulak abang saya bawak balik bende ni dan saya pun makann. rasa dia sedap sebab cmpur mocha2 sikit tpi tetap manis bagi saya xD so disebabkan crush jal bende ni, saya akan makan chocojar mouthgasm ni je HAHAHA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mazni! Kenapa comel sangat beli sebab crush. HAHAHA

      Padam

Catat Ulasan

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.