Haluuu people! Siapa sini suka makan ramen ? suka makan ayam pedas pedas ? Suka Makan Kimchi ? Kita geng!! Lately ni, Nadia layan kdrama Strong Woman Do Bong Soon. Setiap episod tu ada je lah nak tunjuk makanan. Sampai rasa macam "EH AKU KENA MAKAN JUGA NI SAMBIL TENGOK K DRAMA". Bagi Nadia, kalau dalam kdrama bila time makan tu, memang teknik pengambaran drama ketika tu memang sengaja nak buat kita kebulur ye. Korang setuju tak ? hihi
Besar tak besar untuk korang gambar ni ? Saje bagi besar biar craving hehe.
Haritu, Nadia dan kakak Nadia memang teringin sangat nak makan makanan korea. Tetapi, waktu tu CMCO pula. Jadi macam kita tak boleh lah nak pergi shopping mall jauh jauh. Search punya search mana-mana kedai yang ada jual makanan korea dekat dengan kawasan rumah, Alhamdulillah jumpalah satu kedai ni namanya GOT KIMCHI !
SENARAI BARANG YANG DIBELI
Korean Friend Chicken Sauce
Sos ni macam takyah susah susah nak tumis ke apa ke, just terus je guna untuk makan, kena panaskan dalam kuali letak cheese terus dan lepastu campurkan dengan ayam goreng. Kesilapan Nadia time masak ni ialah sos tu lebih sangat jadi dia macam kurang, tapi bila dah biar lama seram dekat ayam tu. Sedap!!! tak tipu.
Manna Seaweed Flakes
Ni bila makan dengan ramen ke, atau makan dengan ayam rasa best sebab macam ada rangup rangup gitu bila makan. Rasanya sama sahaja macam seaweed yang kita makan dengan sushi tu.
Kimchi
Ni paling best lah, kimchi ni homemade tau. Maksudnya memang owner kedai tu yang buat makanan tu dan fresh! Kemduian kmchi ni memang yang paling sedap pernah nadia makan dekat mana-mana kedai!
Bagi siapa siapa yang tinggal area Jenjarom, boleh dapatkan makanan ni semua dekat GOT KIMCHI. Google je kat map ada je lokasi nya
btw, Apa makanan Korea yang korang suka ?
12 Ulasan
Tiap kali tengok cerita Korea mesti tergoda tengok dorang makan ramyun 😆😆
BalasPadamKann lepastu kalau diorang makan tu mesti tunjuk bebetul lah makanan tu terus kebulur teruk
Padammestilah kimchi! heheh yg ni kawan saya jual. sama juga dia buat sendiri. kalau sya belum lgi eheh
BalasPadamKawan awak jual gotkimchi ?
Padamomg, it's look very delicious >.<
BalasPadamApa lagi masak masak hehe
Padami love ramen! makan masakkan apa pun tak pa.. sedap
BalasPadamRamen hijau tu suka tak ? jamjyang ? Lupa nama dia
Padamsedapnya, saya pun gila korean food jugak. kalau fav saya suka kimbap hehe
BalasPadamrindu masa zaman belajar dulu ada delivery korean food, semua sedap2 TAT
wahh Kimbap, teringin nak makan kimbap !!!
Padamselamat makan2 nadia ;)
BalasPadamsedap la hai..lama tk mkn makann korea
BalasPadamSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.