Saturday, May 23, 2020

#StayAtHome: Suasana Hari Raya


Assalamualaikum & hi!
Tak sangka pejam celik pejam celik kita dah pun Ramadan 29 dan sabtu ni InsyaAllah kita akan sambut raya. Terasa perbezaan raya tahun ni dengan tahun tahun sebelumnya kan? Macam mana dengan mood raya korang?
Kali ni Nadia terasa juga sunyinya, takdelah sunyi sangat sampai mcm sayu melihat jendela menanti kepulangan orang tersayang. Cuma terasa agak sedih pula sebab tahun ni tak dapat nak beraya dekat Perak :). Rindu dekat sepupu sepapat semua, pakcik makcik. Nadia nak suasana meriah. :(.  Sebab semenjak PKP dan sekarang PKPB pun Nadia agak terasa sunyi sikit dan lama lama agak pressure untuk orang extrovert macam Nadia ni. Mana ada siblings dah sekarang yang duduk sekali masing-masing dah kahwin, kadang kita nak buat something mcm buat kuih raya ke kan, mak mesti cakap "mak dah tua tak buat dah aktiviti mcm ni". Tapi nak buat pun bukan boleh mana ada ketuhar nak masak kuih ni kan. Tapi serius Nadia rasa lately ni agak pressure dengan suasana sekarang. Sebab tu agak kerap dalam update blog. Rasa puas kekadang dapat respond dari pembaca (saya anggap kamu semua ibarat kawan), walaupun interaksi tu datang dengan membaca. Nadia dah rasa happy dah :))). Terima kasih ye sudi layan. *tak pasal pasal tetiba sesi luahan*.

Kedua, kenapa Nadia rasa sesi raya kali ni agak no feeling jugaks. Sebab kan jadual belajar UM :(. Kiteorang takde cuti tau. Start 27 april class sampai lah week 14 dan next week (week 15) tu exam. Kiteorg no cuti. Straight belajar. Patut nya okay je sebab mmg selalu half week ke minggu exam takde cuti. Tapi selalunya kita akan ada study week kan (study week ni pun Nadia akan anggap as cuti sbb belajar tu kita try ikut path kita). Tapi beza sekarang, kiteorg straight terus ke exam di week 15 di mana bagi Nadia agak pressure dgn timeline ni. Dan minggu raya ni pun ikut budi bicara pensyarah sama ada nak bg holiday or synch or asynch learning. Ada pensyarah jenis tanya dulu. Ada pensyarah tegas. Walaupun raya dekat rumah je. Tapi still duduk dekat ruang tamu adalah satu nikmat yang ku nantikan.


Fuh, selesai bebel dan merungut dalam dua perenggan. Di sini Nadia nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Rakyat Malaysia harap mematuhi sop raya, kita sama sama perlu melawan penularan covid 19. Kalau bukan kita, siapa lagi kan? 

3 comments:

  1. Selamat Hari Raya Nadia! 😉
    Eh orang perak juga eh? Kampung teman pun dekat perak hehe. Sedih kan. Rindu kampung..

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya maaf zahir batin... raya tak pergi mana2 pun serammmmm. heee

    ReplyDelete

Hi thank you for the comments, Don't forget to share your blog's URL. So I can visit, read and comment yours too !