#StayAtHome: Berbelanja di PGMALL dan dapat 20% cashback with Maybank QRPay Sempena Kempen Raya Paling Gempak




Assamaluaikum & Hi

Semenjak kita diarahkan untuk 'stay at home' ni mesti antara korang yang dah mulakan norma kehidupan baru demi mencegah penularan covid19 ini dan walaupun PKPB telahpun bermula sejak 4 Mei yang lalu, kesihatan dan keselamatan kita semua amat berharga dan bagi bersama-sama kita melawan covid19 ini, pembelian secara atas talian amat dituntut sekali. Tapi yang lagi seronok adalah bila pembelian atas talian ini bukan barang je kita dapat, tapi kita dapat 20% cashback. Ha siapa je taknak 20% cashback tu ? Buat yang gemar shopping online tu mesti suka dengar cashback ni? Yelah, kita ibarat shopping sambil ada ala-ala macam menabung gitu. Jadi, bagaimana nak dapatkan 20% cashback ni? Senang je! Caranya adalah dengan hanya Shopping di PG MALL.
 

Apa itu PG Mall ?

Korang pernah dengar tak PG Mall ni? Nadia akan kongsikan dengan korang apa itu PG Mall. Untuk pengetahuan korang, PG Mall ialah salah satu pusat beli belah atas talian di Malaysia yang disokong oleh PG Group. PG Mall ini juga merupakan platform e-Dagang No. 1 di Malaysia yang telah beroperasi sejak tahun 2017. Perkara yang menarik mengenai PG Mall ialah merupakan satu-satunya platform e-Dagang tempatan di Malaysia yang menawarkan pelbagai produk antarabangsa dan tempatan, ha banyak barang korang boleh dapatkan hanya dengan jari je, tak perlu nak beratur musim pkpb ni dan semestinya menjimatkan masa. Malah, PG Mall juga merupakan satu-satunya paltform yang menerima kesemua e-Wallet. Di samping itu, menurut laporan IPrice, PG Mall berada di tangga 3 teratas e-Dagang Malaysia yang dikunjungi oleh para pelanggan. Ha bukan calang-calang PG Mall ni dan erti kata lain sebenarnya PG Mall ialah platform e-Dagang yang sangat dipercayai. Jadi korang tak perlu lagi nak ragu-ragu bila nak membeli belah di atas talian. Shopping jer dekat PG Mall. Search je apa-apa yang korang nak dan dapatkan barang yang korang mimpi-mimpikan setiap malam tu.



Dapatkan 20% Cashback with Maybank QRPay di PG MALL

Bagi sesi kempen RAYA PALING GEMPAK, PG Mall telah menawarkan 20% cashback khas buat para pengguna Maybank. Caranya mudah sahaja dengan membayar menggunakan Maybank QRPay dan mengkut beberapa terma & syarat yang telah ditetapkan. Berikut merupakan terma & syarat:


  • Diskaun 20% terhad pada RM20 dengan perbelanjaan miminum RM30
  • Penggunaan 2x dalam tempoh kempen
  • Tempoh promosi: 4/5/2020 - 26/6/2020
  • Durian runtuh: 2 kali x RM 20 = RM 40 setiap akaun Maybank untuk membeli di PGMall

"Forever Cashback" di PG Mall dengan hanya share referral link

PG Mall menawarkan "Forever Cashback" ini adalah sebagai ganjaran pada para pengguna PG Mall. Yang menariknya adalah korang boleh dapatkan cashback sehingga 3.5% untuk setiap pendaftaran baru di PG Mall dengan hanya share referral link pada kawan-kawan korang. Malah, cashback ini akan berterusan selagi korang atau rujukan korang (kawan) terus membeli-belah di PG Mall.



Konsep ConsuMerchant


Konsep ConsuMerchant ini sangat menarik sebab korang sebagai pembeli bukan sahaja dapat ganjaran wang tunai hanya kerana membeli semata-mata, tetapi korang boleh dapatkan ganjaran wang tunai ini dengan hanya kongsikan pengalaman membeli-belah dengan rakan dan keluarga. Caranya mudah sahaja melalui 3 cara iaitu Shop: Korang perlu melaksanakan pembelian di PG Mall kemudian Share: Kongsikan pengalaman pembelian pada rakan & keluarga dan akhir sekali Earn: Korang akan dapat ganjaran daripada hasil setiap pembeli yang menggunakan referral link korang. Ganjaran pulangan tunai dapat diperoleh setelah transaksi yang berjaya dilakukan melalui pembelian peribadi atau rujukan. Semakin banyak rujukan yang dibelanjakan, semakan banyak wang tunai yang akan diperoleh. Menarik bukan?

Ha tunggu apa lagi tu? Jangan lama-lama fikir, Shopping sekarang di www.pgmall.com dan dapatkan 20% cashback sebelum 26/6/2020 !!!!!! Korang juga boleh download apps PG Mall di play store dan apple store. Hanya perlu search 'pgmall'. Selamat Membeli-belah !

Untuk maklumat lanjur mengenai PGMall boleh rujuk laman sesawang dan sosial media di bawah: 

Website: PG Mall
Instagram: PGMall.my


#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #MaybankQRPayCashback #Maybank2u #Maybank #ShopOnline #Shopfromhome










Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Wow, share pengalaman beli belah pun dpt earns ganjaran ye, Nice..hihi😊, aduhh time pkp mmg online shopping la Jadi pilihan😄

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.