source : thestar
Happy MCO
day Everyone!
Ok seperti
yang kita tahu sempena MCO day ni memang kita kena amalkan work from home. Tapi
work from home ni tidaklah sesuai untuk semua, hanya segelintir insan-insan
yang sesuai untuk melaksanakan work from home seperti sektor pejabat yang
fokusnya pada perlaksanaan document ke, email customer service ke, dan lain-lain.
Begitulah bagi bidang-bidang di ipta, tidak semua bidang sesuai untuk
dilaksanakan dalam bentuk e-learning [study from home!]. Sebagai contoh, bidang
medic misalnya, yang lebih memerlukan praktikal di hospital, bidang-bidang yang
menggunakan lab untuk membuat eksperiment (farmasi, kimia dan sebagainya), dan
sebagainya. Namun atas kehendak untuk memutuskan rantaian Covid19 ini kita
perlu melaksanakan PKP, bak kata orang “belajar boleh ulang kalau gagal, tetapi
nyawa?”. Nak taknak kita semua kena lah belajar untuk membuka minda dan hati
menerima perkara ini semua.
Nadia ambil
masa yang lama untuk kuasai sesuatu subjek tu [Nadia akan search google gila
gila sampai Nadia jumpa erti sebenar subjek tu (sangat-sangat slow learner ye)].
Awal-awal tu rasa give up lah kenapa kena ada e-learning, sebab internet dekat kawasan
rumah Nadia ini agak slow, kalau nak video call tu macam satu perkara mustahil,
Kalau ada pun Nadia boleh tengok sekat sekat. Awal-awal tu agak frust jugak lah
sebab rasa mcm nak search pun agak lambat. Tapi lama lama dah 30++ hari kan
kita MCO ni, jadi macam dah rasa perkara biasa dah bila internet ni tidak
sepantas apabila berada di kolej. Tetapi, Nadia kira bersyukur kebelakangan
ini, Alhamdulillah setakat nak google-google baca tu dah boleh, kalau dulu nak
isi survey google form dari Universiti pun bukan main susah. Alhamdulillah. Dan
Nadia agak bersimpati sebenarnya buat insan-insan yang dikawasan rumahnya
langsung tiada internet untuk proses e-learning dan tak lupa juga untuk situasi
rumah yang tidak sesuai untuk e-learning. Nadia doakan semoga diberi kemudahan
untuk kalian, tahun 2020 ini macam cabaran buat semua. Semoga kita tabah ok!
Jadi,
selepas 30++ hari belajar menarima maka Nadia kumpulkan semangat sedikit demi
sedikit. Apa yang Nadia buat untuk kumpul motivasi? Langkah pertama yang Nadia
buat adalah baring dan berangan dulu idaman bilik tempat untuk buat kerja
[selama 28 hari, lama kan? Nak buat macam mana semangat buang masa lebih
tinggi]. Kedua, Nadia start ubah susunan katil, almari dan semuanya di dalam
bilik. Ketiga, Nadia ukur jumlah ruang yang tinggal dalam bilik Nadia. Keempat,
Nadia beli perabot dan keyboard dekat shopee !. Akhir sekali, selesai !
Keyboard |
Meja |
Setup untuk kerja |
WORK FROM
HOME korang okay ?
9 Ulasan
uwaaaa nice gila keyboard tu. sama memula macam tak blh terima kena belajar secara e learning and all tapi takpela kita try adapt macam mana so i end up beli headphone! atas alasan e learning HAHAHAHA
BalasPadamHai, jemput visit blog saya ��
BalasPadamhttps://jundiassyuja.blogspot.com/?m=1
salah satu cara nak tukar mood adalah..tukar susun atur bilik..^^ nice..
BalasPadamand take care ye^^
cool nya dah setup workplace!
BalasPadamkitatakda work from home.. sbb kerja industri ahaha tapi cuti tak bergajilah saya T__T
Sakitnya kerja tanpa gaji, Semoga baik baik sahaja !
Padamkee it up
BalasPadambestnyaaaaaa keyboard tuuuu
BalasPadamI found this post really helpful and attractive. Perhaps, this is one of my favourite blogs so far. I highly appreciate it. Keep up the good work.
BalasPadamMy Son Private Tour
Phong Nha Pioneer Travel
Hi ! , thank you for your comment , I really appreciate it !
PadamSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.