Abah ada dengar cerita daripada kawan-kawan dekat dialisis tentang bersahur dekat mamak. Abah pun apalagi ajak lah sahur dekat mamak Salsabeel, alang - alang abang cuti ada dekat rumah, memang lagi seronok lah sahur sekali.
Sebelum tidur saya dah berangan esok pagi sahur saya nak order roti bakar dan telur separuh masak. Tetapi sampai - sampai, roti semua dah habis. Kecewa saya mendengar kata - kata daripada pekerja mamak tersebut, "Roti semua sudah habis".
Dengar sahaja habis, terus saya memerah otak memikirkan untuk makan apa. Tengok orang makan goreng - goreng. Makanya kita order Maggie Goreng dan Telur Mata. Awalnya ingat taknak beli air manis, sebab jarang saya minum air manis waktu sahur. Tetapi bila dah sampai mamak yang jarang - jarang sekali saya datang ini, rasanya rugi kalau tak order Teh ais. Maka kita ranapkan impian mahu minum air masak sahaja pada waktu sahur.
![]() |
Maggie Goreng |
![]() |
Mee Goreng |
8 Ulasan
Telur itu sungguh menggiurkan!
BalasPadammaggi goreng mamak ada telur camtu fav anak
BalasPadamlama tak lepak mamak. rinduu
BalasPadamSahur pukul berapa tu, Nadia? Akak takde geng. Anak-anak malas nak keluar. Teringin juga sahur mamak. Pekena teh tarik sekali-sekala, baru terbeliak biji mata, kan. :D
BalasPadamNadia sahur dalam pukul 4.30 am macam tu. Sebab kalau pergi lambat takut karang mamak taknak ambil order kita pula kan.
PadamBayrama az kaldı öyle değil mi, sahurun manevi havasını seviyorum ...
BalasPadamAwal betul roti habis..takpelah, harap next time ada rezeki. Tak ada roti, boleh order nasi goreng pulak.
BalasPadamSedanynya maggi mamak..
BalasPadamnampak menarik tu..haihh
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.