Dah dua minggu start meal prep ini sebab nak kurangkan kos asyik order grab dan semestinya sebab nak fokuskan makan pada real food. Cuma hihihi kitanya tak pandai masak sangat, jadi memang fikirkan masak ni nak fokus dekat makanan yang mudah - mudah sahaja.
Macam biasa, kita dah ada cobek, kita cuba untuk gunakannya. Saya rasa masih gagal. Sambal cili gesek yang saya bayangkan rasanya masih tidak tercapai. Tapi kali ini saya letak garam supaya ada rasa sebab minggu lepas memang saya langsung tak letak garam. Dan tempe minggu lepas mentah, tempe minggu ini garing ~~
Protein saya masih simple, sama ada tauhu, telur ataupun ayam dada.
Sayur minggu ini pula sayur bendi (menyesal sikit sebab saya baru tahu bendi ada lendir (hehehe)) dan kobis bunga.
Simple je kan? cukuplah untuk reduce rasa stress saya terhadap nak fikir "apa nak makan ya tengah hari atau dinner hari ini?"




5 Ulasan
Simple tapi sedap. Rajin betul guna cobek, tapi sedap lagi kan. Kena letak gula perang sikit kot, takpun gula melaka sikit. Garam sikit tu okay dah. Kacang bendi tu rasanya tak boleh nak simpan sebab lendir.
BalasPadamKalau suka kacang bendi, nak makan baru celurkan/rebus. Sekejap je tak lama. Much better than tumis dan prep.
Takpun, sayur tu guna ulam je. Macam butterhead, timun yang boleh tahan lama.
wahhhh best laa macam ni
BalasPadambetul tu
tak stress nak fikir mkn apa hari ni... mkn apa hari ni ;-)
Ini memang sekali masak lepas tu tak prlu dah nak fikir fikir lagi nak makan atau masak apa ..
BalasPadamAla-ala sambal gepuk la ni kan. Bagusnya meal prep. Saya paling rajin pun masak terus utk lunch/dinner. Prep maybe sambal tumis, sambal bilis hijau.
BalasPadamSaya nih tak suka masak, tapi terpaksa masak. Pernah pesan katering, awal2 sedap, lama2 makin oily, makin asin 🤣🤣. Terpaksa stop.
BalasPadamJadi karena harus masak, saya buat juga menu bulanan , dan meal prep sekali 😄.
Tapi yg mudah dan simple juga kak. Kalau nak makan sedap, better beli je 🤭🤭
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.