Macam biasa, bukan Nadia kalau tidak cerita tentang dia dalam dunia sebagai seoarang Software Engineer.
Oktober 2023
Pergi outstation di Ipoh. Pertama kali merasa pengalaman sebagai peak "programmer" era. Waktu ini dekat mana - mana kita coding. Memandangkan client kali ini adalah daripada pasaraya, jadi kita memang stanby dekat kedai. Tiada ruang pun nak duduk untuk coding. Jadi sama ada duduk/diri mana - mana yang boleh.
Waktu ini sejujurnya dah fasa koyak. Tidur yang tak cukup lagi hampir setiap hari tidur 4 pagi , bangun 8 pagi. Bayangkan otak yang penat ini terus perlu perah untuk coding.
Selepas seminggu, mendarat semula ke Kuala Lumpur. Masih lagi mode standby sekiranya ada apa - apa masalah, kita cuba selesaikan secara remote
Malangnya, selepas dua minggu projek ini dilancarkan. Secara tiba - tiba syarikat buat pengumuman yang mereka akan melakukan lay-off. Pengumuman itu betul - betul berlaku pada hari saya hantar surat resign. Dah lama saya mula cari kerja baru selepas merasa ada beberapa perkara yang saya tidak bersetuju dalam kerjaya saya ketika itu. Jadi dah lama mula apply kerja dan pergi interview, akan tetapi selepas merasa sukar untuk cari kerja sambil bekerja, saya terus buat keputusan untuk berhenti kerja. Notis dua bulan dihantar. Bila dapat pengumuman tentang lay-off terus macam "ada hikmah aku tiba - tiba terdetik nak sangat cari kerja baru" - padahal dah lama burn out.
November 2023
Pada asalnya tarikh terakhir berhenti adalah 31 Disember 2023, bertukar menjadi 30 November 2023. Ni betul - betul sebab dah tiada motivasi nak datang office. Sebab situasi company ketika itu sedang tiada hala tuju. Kita datang pun macam tiada tujuan dan memenatkan. Kelebihan lain ialah, kita dapat gaji juga tapi tulah rasa buang masa bangun pagi dan bersesak di dalam lrt. Jadi minta untuk tamat pada 30 November 2023.
Bila dah berhenti, memang pulun pergi interview hampir setiap hari. Kadang - kadang rasa terbeban juga sebab proses interview ambil masa lebih sekali. Bila buat "home test"/ "progamming test" terus rasa give up lagi lagi kalau bukan "virtual programming test dengan interview". Cabaran dia ialah kita disekat untuk dapat info lebih jelas daripada interviewer. Ada juga yang saya rasa nak withdraw daripada proses interview sebab dah rasa burn out.
Tapi Alhamdulillah, ada rezeki Allah beri pada saya. Pejam celik pejam celik dah hampir 8 bulan saya bekerja di syarikat sekarang. Harap boleh bertahan lebih lama. Bukan apa, kita tak pernah merasa ya kerja lebih setahun jadi saya perlukan pengalaman bekerja lebih setahun!
3 Ulasan
Saya ada juga kawan it , atleast dia kata nak 1 tahun pengalaman dkt company...
BalasPadamsaya doakan semoga company yang terakhir ni boleh melebihi 1 tahun insya'Allah...semoga dipermudahkan.
Rabia singgah sini
BalasPadamTak cukup tidur tu memang susah nak generate otak ni. Memang burn out lah kan, lagi lagi company tak ada hala tuju. Ada hikmahnya setiap apa yang berlaku. Semoga terus semangat di tempat kerja yang baru ni dan dipermudah segala urusan.
BalasPadamSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.