Dari London Ke Edinburgh



Sampai sahaja di London (Lapangan Terbang London Heathrow, Terminal 4), terus kami naik train (tube) menuju ke perhentian bas yang terletak di antara terminal 2 dan 3. Naik tube ke terminal ini free sebab kita dari terminal 4. 

Harga ticket bas London ke Edinburgh adalah 42.95 Pound Sterling. Perjalanan kali ini mengambil masa selama 10 jam. Fuh barai memang barai. 

Bas sampai, kami ingatkan kosong, tetapi penuh dah rupanya (maksudnya bas ni dari tempat lain lagi), jadi tak dapatlah nak duduk bersama dengan kawan. Memang kena pandai cari mana mana tempat kosong. Sebagai perempuan, mestilah cari mana tepi perempuan yang kosong. Nasib baik ada.


Ini pemadangan sempat tangkap waktu matahari nak terbit (sunrise). Dalam manai mamai tu cepat cepat lah bukak phone dan tangkap gambar. Time ni rasanya dalam jam 4 pagi macam tu. Rasa tak sabar nak sampai ke Edinburgh waktu ini






Ini waktu nak dekat dah sampai ke Edinburgh. Edinburgh adalah tempat healing yang sangat tenang. Ada kehijauan dan angin angin yang sejuk. Time ni memang nampak biri - biri everywhere.





Alhamdulillah selepas perjalanan 10 jam, pukul 6.00 pagi kami tiba di Edinburgh. Walaupun musim summer, tapi sangat sejuk! 

*nak tahu ke aktiviti apa yang saya buat di Edinburgh?

Perbelanjaan Setakat Ini





Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. ok kita folo baca trip awak ni hehhee

    BalasPadam
  2. Untungnya dapat jejakkan kaki ke sana. Tenang tengok kawasan bukit tu.

    BalasPadam
  3. I would love to travel UK, thanks for your sharing...

    BalasPadam
  4. Alhamdullilah sampai jugak...capeknya terbayar ya...cakep gedung"nya

    BalasPadam
  5. Dalam gambar pun nampak ketenangan tu. Tak sesak, tak ramai orang. Permandangan pun cantik sedap mata memandang.

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.