Menaiki Malaysia Airlines (MAS) ke London



16 Jun - 25 Jun 2023 lepas, saya berpeluang bercuti di Edinburgh, Paris dan London. Alhamdulillah rezeki yang Allah kurniakan. Dah lama berimpian nak pergi luar negara dari kecil sebab dengar kawan - kawan bercuti di negara europe. Itu yang rasa bersyukur sangat dapat pergi sini.

Perjalanan Kuala Lumpur, Malaysia ke London, United Kingdom adalah selama 13 jam. Bayangkan 13 jam ni duduk dalam kapal terbang (tepi tingkap), memang penat. Dengan menahan diri daripada pergi tandas juga sebab malas nak suruh orang bangun sebab kita nak pergi tandas. Lepas ini kalau saya naik kapal terbang dan pergi jauh, saya memang akan duduk yang aisley punya kawasan tu (yang tempat laluan pramugari).

Kos ticket dari Malaysia ke London (return) : RM 4376.00




Best naik MAS ni sebab makanan. Tak pernah seumur hidup dapat makanan yang full set macam ni. Ada roti, ada nasi, ada yogurt dan ada buah. Memang kenyang makan atas awan ni. Sangat nikmat, Alhamdulillah.

Ni hidangan pertama. Disediakan dalam lebih kurang lepas 1-2 jam kapal terbang bergerak. Portion dia ngam ngam juga. Buat kita dapat idea nak masak apa for bawa bekal (eh tiber).



Ni pula meal kedua. Yang paling sedap ialahhhh kek! Kek tu memang sedap sangat sangat. Rasa rindu nak makan kek tu sekarang ni. Sekali lagi, saya memang enjoy naik MAS. Cuma peritnya sebab ruang kaki memang kecil. 13 jam duduk memang barai hahahaha.

Shhh. Percutian kali ini saya pergi Edinburgh, Scotland , Paris, France dan London, England 

Perbelanjaan Setakat ini





Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Serunya jalan"ke negara Eropa,akhirnya bisa kesampaian ya mimpinya..makanan di pesawat untuk perjalanan jauh memang serba full ya

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..ada rezeki jejak di negara orang. Dapat naik mas dan dapat jugak duduk tepi tingkap. Port paling best kalau naik kapal terbang.

    BalasPadam
  3. Hi Nadia! I can't imagine being on the plane for 13 hours straight. I took a transit flight to abu dhabi before heading back to london. More travel write ups please!

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.