Himpunan Hasil Kerja Pengaturcaraan

 

Photo by Jess Bailey Designs: https://www.pexels.com/photo/composition-of-august-letters-on-table-4926898/

Selamat datang Ogos! Sudah lama rasanya saya tidak menulis dalam blog ini. Saya akui cabaran utama sekarang adalah untuk terus bermotivasi untuk meluangkan masa dalam blogging.

Sikap procrastinate sedikit banyak memakan diri. Tidak mengapa, Nadia akan terus berusaha dan mencari jalan untuk memperbaiki diri sendiri. Be the Best Version of Yourself !

Baru - baru ini, saya baru sedar dalam hidup ini, perkara paling penting adalah untuk membuat perancangan dalam hidup bagaimana untuk mencapai impian. Saya akui ini adalah perkara yang saya lambat sedar, walaupun sejak dulu lagi telah mendengar ungkapan 

Orang yang gagal merancang, adalah orang yang merancang untuk gagal. 

Buat pertama kali, saya rasa ayat ini memberi sentapan pada diri saya. 

Post yang lepas (https://www.nadiajamhari.com/2022/07/perjalanan-saya-untuk-menjadi-seorang.html), saya telah bercerita perjalanan saya untuk menjadi seorang developer. Saya akui cita - cita dan impian terbesar saya ialah ingin menjadi “full-stack developer”. Mempunyai kemahiran untuk mencipta perisian (software) yang memberi manfaat kepada orang ramai adalah perkara yang saya impikan.

Saya fikir dengan mendapat kerja sebagai “software programmer” sudah memadai untuk saya mengapai cita dan cinta (fuh). Namun, saya sedar, saya perlu memiliki ilmu untuk memahami dan menguasai setiap komponen. Oleh itu, saya telah membuat perancangan untuk mengusai front - end development, memandang saya akui kelemahan saya banyak pada front - end development. Jadi saya ingin fokuskan diri saya untuk berlatih front - end development. Dan masa - masa akan datang saya akan teruskan misi saya dengan mendalami back-end. Sebab itulah wujudnya himpunan hasil kerja pengaturcaraan.

Saya berniat untuk meletakkan semua post mengenai hasil kerja saya di aplikasi notion:

Link: personal-work-nadiajamhari

Saya juga akan membuat posting di blog, namun tidak akan terperinci seperti di dalam notion. Posting di blog hanya sebagai tempat untuk saya memberi tahu kalian semua apa yang saya buat.


**Penafian

Memahami dan Mengusai komponen: definisi bagi istilah ini adalah untuk mempunyai konsep ilmu yang betul untuk setiap perkara.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Samalah kita. Cuma asbabnya lain, pangkalnya sama. All the best! Terima kasih kerana sudi singgah blog saya dan maaf lama tak bersiaran.

    BalasPadam
  2. Semoga berjaya mencapai hasrat yang diharapkan.

    BalasPadam
  3. Teruskan usaha, Nadia! Semoga dipermudahkan segala urusan kerja.
    Di samping itu, moga kita sama-sama dapat luangkan masa untuk update blog juga. Hehe..

    BalasPadam
  4. front-end, back-end.... alamakkkk what is that???? i dong understang

    BalasPadam
  5. Semoga berjaya mencapai impian sis!

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.