Gigi Coffee Buttercream Latte

 

Lambat juga sebenarnya saya join trend air viral Buttercream Latte by Gigi Coffee ini sebenarnya. Cawangan gigi coffee tidak sebanyak starbuck lagi dekat Malaysia. Jadi nak cari agak susah. Bila pergi mall jauh - jauh baru dapat nak beli gigi coffee ini.

Awalnya, saya fikir lama mahu beli atau tak. Sebab niat di hati kalau boleh nak kurangkan dah minum manis. Kalau minum pun, sehari tu 250 ml sahaja. Tidak mahu lebih - lebih lagi. Sebab kan lunch dah minum air bergas. Itu yang fikir lama mahu beli atau tidak. Tetapi disebabkan susah mahu jumpa gigi coffee, saya belikan juga. 

Memandangkan sebenarnya gigi coffee ini viral dan sedap. Saya ada high expectation. Satu rasa yang saya sukar untuk dapat. Suatu rasa yang sangat unik. 

Review


Apa Rasa Air ini ?

Seperti biasa saya bukan seorang pengomen makanan. Saya punya simple sahaja. Tiada cacat cela, maka jawapannya air ini sedap. Dan memang sesuai untuk insan - insan yang bukan non - coffee lover. Kerana coffeenya tidak terasa kuat sangat. Rasa lemak - lemak sedap. 

Adakah saya akan repeat ?

Saya akan repeat sebab airnya sedap dan enak gitu. Harga pun bagi saya affordable iaitu RM 12.00

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Balasan
    1. Bila wak cakap macam ini. Baru saya sedar. Betul RM 12.00 sebenarnya mahal! Saya tercompare dengan startbuck yang lebih mahal pula. Kalau compare dengan starbuck this one okay lagi. Tapi kalau compare dengan tealive. Saya prefer tealive hehehhe

      Padam
  2. Gigi coffee? Takde lagi kat sini.
    Kalau sedap, ok la tu, harganya. Happy-nya Nadia, dapat kopi. :)

    BalasPadam
  3. Baru rasa GIGI Coffee buat pertama kali.. Hot buttercream latte menjadi pilihan..

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.