Syawal 2022 Yang Penuh Dengan Kegembiraan

Pejam celik pejam celik, dah lama sebenarnya saya tidak lagi menulis dalam blog ini. Susah betul sebenarnya nak istiqamah dalam penulisan. Lagi - lagi sekarang saya dah memang mula bekerja sebagai programmer. Sejak kerja ini, lepas habis waktu kerja kalau boleh memang tidak mahu menghadap komputer. Rasa  dah cukup dah quota saya untuk menatap laptop.

Alhamdulillah, Syawal 2022 ini dapat juga jumpa ramai orang yang dah lama tidak jumpa. Siapa dekat sini setiap hujung minggu ada sahaja jemputan rumah terbuka? Saya ada setiap minggu. YaAllah unexpected sangat dapat jemputan datang ke rumah mereka. Terima kasih kawan - kawan atas jemputan.

Nak post satu - satu gambar raya rasa berat pula nanti blog ini. Lagipun kebanyakkan saya bergambar denngan orang, nak letak gambar mereka besar - besar dan satu - satu dalam blog rasa tidak manis pula. Ialah social media kan. Takut pula kita sebarkan muka mereka sesuka hati.


Inilah gambar hasil Syawal 2022. Banyak sebenarnya gambar saya ambil. Rasanya saya dah mula kena kosongkan gambar dalam phone saya. Mahu tiba - tiba nanti penuh storage phone ini. Sudah kempunan nak bergambar nanti. 

Dalam banyak - banyak raya, outfit raya terakhir saya adalah paling menarik. 



Ini adalah outfit yang saya rasa saya paling lawa sangat - sangat. Jubah ini waktu mak dan abah pergi umrah. Saya lama fikir boleh ke tak nak pakai warna putih, sebab tak ready kalau orang tegur macam "amboi Nadia nak pergi kahwin ke?". Sebab selalunya putih kan orang buat nikah. Tapi bila tengok lagi sekali tak serupa pun orang nak pergi nikah. Tak nampak putih suci gitu. Tapi yang pasti masih tetap menawan. Hehe.

Hari terakhir ini juga, saya berjaya siapkan tiktok yang saya peram daripada Syawal 1, buat pagi - pagi sebelum bergerak balik beraya, asyik tak jadi sahaja. Sila lah tengok -> https://vt.tiktok.com/ZSdgeeXoF/?k=1 .

Syawal kali ini banyak juga mengasah bakat driving saya. Saya tidak pasti sama ada saya drive makin baik ataupun tidak. Harapnya makin baik. Ada satu hari waktu pulang balik ke Perak. Ada satu lori saya rasa pemandunya tertidur. Sebab dia bawa terhuyung hayang. Nasib baik selamat juga saya pecut lori tersebut dan ada orang tolong hon kan nak bagi pemandu lori itu sedar. Alhamdulillah keadaan selamat. Seriau betul lah bila ingat pengalaman macam ini.

Ada juga satu masalah yang saya hadapi. Saya tak pasti ini sebab fobia atau saya bawa laju (paling laju 120km/j). Selepas seharian memandu ke Perak dan pulang ke Selangor, saya sebelum tidur, apabila cuba untuk tutup mata saya akan terbayang saya bawa laju dan hampir langgar orang depan. Setiap kali tutup mata akan berlaku macam itu. Saya pun tidak faham. Akan berlaku apabila saya driving jauh. Takut juga bila terbayang - bayang macam ini. 

Kebelakangan ini sebenarnya setiap hujung minggu saya sibuk juga beberapa hal. Saya pula memang tengah adapt dengan ruti kerja, dan juga menjadi productive malam - malam nak membina perjalanan dalam dunia blog. Ewah. Terima kasih pada yang sudi baca post ini. 


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Paham. Jangankan komputer, handphone pun kalau boleh, tak nak hadap lepas waktu kerja akak dulu. Hehe..
    Cantik jubah putih. Kalau Nadia tak cakap jubah, akak pun tak perasan.
    Macam ngeri Nadia cerita part drive jauh-jauh tu. Akak tak boleh drive jauh camtu, rentas negeri. Trauma. Dekat-dekat, takde masalah. Dulu, akak pernah langgar lori. Bukan lori langgar akak, akak langgar lori. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh Kak Nur ni lagi hebat. Lori yang cuak dekak akak, bukak akak cuak dengan lori. Alhamdulillah akak selamat :')

      Padam
  2. Hari ni baru dapat tengok tuan blog. Cantiknya.. :)
    Best kan dapat kumpul ramai ramai bergambar.. Kak Naniey tak de gambar raya sangat tahun ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib baik first time tengok tuan blog terus kelihatan cantik. Terima kasih atas segala pujian Kak Nanie. hehe.

      Tahun ini Kak Naniey raya menunggu bersalin kan. Itu yang tak dan bergambar tu

      Padam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.