Mahalkan Kopi dengan Menggunakan Cawan Starbuck


Dari hari itu dah terfikir nak minum kopi, tetapi dekat rumah tiada kopi yang menarik perhatian (3 in 1 oldtown hazelnut coffee dah habis). Minta mak dan abah yang pergi breakfast bungkuskan neslo ais. Neslo ais ni boleh lah sedap, tapi yang paling sedap dekat Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi, UM (Sekarang dah tukar orang, jadi tidak tahu lah sedap ataupun tidak.). 

Tapi lebih berbaloi daripada buat kopi 3in1 yang ada dekat rumah. Hehehe. Hari pertama kerja saya agak lemah - lemah tak bersemangat sangat. Walaupun hormon Adrelina saya tinggi, tetapi tak boleh lawan rasa tidak selesa kesan pembedahan gigi. Ingatkan 2-3 hari sahaja rasa sakit sakit kebas. Abah kata akan rasa seminggu dua minggu. Sedih saya mendengarnya. Bukan apa, fikiran saya terganggu dengan rasa sakit kat gusi ni. (Tidak lah sakit sangat, tetapi ada rasa saki baki yang macam buat kita rasa tidak selesa sangat untuk buat kerja).


Makanan seperti biasa, kita makan bubur sahaja dan nestum. Boleh gigit tetapi rasa penat nak berusaha gigit. Dia macam kena letak usaha yang lebih untuk hadamkan setiap makanan yang perlu gigit. Disebabkan kepenatan dalam mengigit makanan, ambil keputusan makan makanan yang lembut - lembut sahaja. Senang hadam, dan tidak perlu terlalu berusaha. Berusaha sedikit sahaja untuk memastikan ia masuk ke dalam mulut.

Sabtu nanti akan cabut jahitan. Harapnya tidak sakit ya, abah cakap tak sakit, dia tarik biasa - biasa tu. Saya bukan apa, saya tak percaya, ramai orang akan cakap tak sakit, biasa sahaja lah itu lah. Nanti bila waktu saya yang akan rasa perkara tersebut saya yang akan rasa nak nangis sangat - sangat. Lemah betul saya ini. Tak boleh lah perkara - perkara seperti ini, sangat seram. 

Minggu ini banyak jemputan rumah terbuka, kena makan dengan perlahan nanti dekat rumah terbuka untuk menikmati makanan yang sedap terhidang. Cakap mengenai makanan, saya memang teringin corndog, tetapi saya tunggu dahulu pantang gigi ini.

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Nampak sedap neslo dalam cawan starbucks. :)
    Alamak, ciannya dia. Betul cakap abah Nadia tu. Tak sakit masa cabut jahitan tu. Cuma rasa ngilu ngilu geli je. :D

    BalasPadam
  2. Faham sangat perasaan lepas operate gigi tu. Semoga cepat sembuh.. Saya pun peminat kopi tapi doktor suruh elakkan sebab skrg ni saya ada masalah reflux (GERD) bila minum kopi akan menyebabkan reflux makin teruk.

    BalasPadam
  3. alahai cubaan sungguh di musim raya. syafakillah nadia

    BalasPadam
  4. sama lah, masa sakit gigi haritu pun makan bubur je seminggu lebih. tak ada selera nak makan sangat. semoga cepat sembuh ye

    BalasPadam
  5. adeh..baru lepas operate gigi ke?Bertabah lah..mmg akan rasa tak selesa sangat.. Akak dah rasa masa cabut gigi bongsu,kesan dia lepas tu rasa lama nya nak normal balik...nk kunyah mknan pun kena hati-hati. Takut ter masuk kat tempat yang kena cabut tu...

    BalasPadam
  6. Huu... saya kalau bab jahit menjahit operate ni seriau la. Low pain tolerate nak2 bahagian dalam mulut. Moga cepat sembuh ye

    BalasPadam
  7. sudah lama tidak minum kopi Starbuck

    BalasPadam
  8. get well soon ya sis..sakit gigi mmg sakit yg xleh bawak berbincng

    BalasPadam
  9. sakit gigi mmg susah nak bawa bincang..hihii

    BalasPadam
  10. Tak reti nak order starbucks. Sudahnya kat Tealive dan ZUS Coffee. Tapi sekarang lebih suka hot coffee kat ZUS. hehe...

    Tang jahit menjahit ni kalau orang cakap tak sakit tu memang sukar untuk dipercayai.

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.