Spicy Peanut Spaghetti dengan Chilli Oil by Kaijia Muslim Food

Dah beli chilli oil, mestilah nak kena cuba macam - macam resepi kan? Scroll Tiktok hari itu ada nampak seseorang ini buat resepi Spaghetti Peanut Butter. Kejadian tiktok itu nampak menarik, kejadian saya dia agak kurang menarik.

Cuba baca: Chilli Oil by Kaijia Muslim Food | Penyedap makanan (nadiajamhari.com)

Screenshot from Farahjeats Tiktok

Dalam Tiktok tu memang nampak sangat - sangat menarik. Tetapi saya masak, ada kekurangan menarik. Rasanya sebab kering dan kurang air. Tapi walaupun kurang menarik, bila telan berselera sahaja. Tidak pasti sama ada sebab tidak makan seharian, ataupun memang sedap. *kita sama - sama bersangka baik yang saya masak memang sedap.


Kuantiti Spaghetti adalah ibarat seggenggam tangan, memandangkan saya memang dah mula nak belajar makan ikut portion dan mengawal nafsu seadanya. Tapi chilli oil saya memang banyak berbanding dalam resepi sebenar sebab suka rasa pedas pedas rempah chilli oil.

Tidak sangka sebenarnya peanut butter pun boleh jadi sos untuk spaghetti. Lain kali saya nak cuba, tetapi mungkin cuba dengan macaroni atau spring noodles tu, nampak lagi menarik untuk saya kacau - kacau ketika memasak.

Resepi Spicy Peanut Spaghetti (Untuk dua orang)

*diambil daripada website: Spicy Peanut Noodles (10 minutes) - FARAH J. EATS (farahjeats.com)

Bahan - bahan

  • Mee/Spaghetti atau seangkatannya (sediakan untuk 2 hidangan)
  • 2 sudu peanut butter
  • 1 sudu besar cuka beras
  • 1.5 sudu besar chilli oil
  • 1 ulas bawang putih yang ditumbuk
  • 1 sudu kicap cair
  • 2-3 sudu besar air panas
  • 1 sudu besar gula
  • Timun dipotong hiris untuk 2 hidangan (optional)
  • Bawang hijau (hiasan)
  • Kacang Tanah yang hancur (hiasan)
Cara - cara memasak
  1. Rebus mee/spaghetti hingga masak dan toskan
  2. Letakkannya di bawah air mengalir yang sejuk selama 30-60 saat
  3. Dalam mangkuk, masukkan semua bahan yang senaraikan untuk sos kecuali optional dan hiasan. Gaul sebati
  4. Masukkan mee/spaghetti ke dalam mangkuk bersama timun hingga sebai
  5. Hiaskan makanan dengan bawang hijau dan kacang tanah
*Boleh lebihkan chilli oil dan bawang hijau.


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. menarik sekali, guna peanut butter..tak yah dimasak sosnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini betul. Pertama kali saya masak saya rasa jimat masa , sebab tak perlu masak sosnya

      Padam
  2. Nice jugak ni. Lemak2 pedas. Sebut pasal peanut butter. Masa burger hispter mula-mula nak naik dulu pernah lah try burger yang guna peanut butter dan jem blueberry ganti sos cili. Untuk pedas dia, dorang letak hot sauce. Percaya tak, they were taste shockingly good!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah namanya dont under estimate the power of "peanut butter". Dengan peanut butter rasanya boleh jadi WOW gitu

      Padam
  3. Wow boleh habiskan peanut butter dalam peti ais la macam ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha, bosan makan dengan roti kita makan dengan spaghetti hehe

      Padam
  4. Rare ni masak spaghetti campur peanut butter. Nak cuba rasa bolehlah cuba resipi ni kan. Thanks share Nadia.

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.