Chilli Oil by Kaijia Muslim Food | Penyedap makanan

Semenjak pergi makan mee tarik dekat UIA Gombak, terus lah berminat dengan chilli oil. Banyak kali juga resepi chilli oil muncuk dekat For You Page Tiktok. Tapi itulah, saya tak yakin saya buat sedap, jadi lebih baik kita beli kan? HAHAHAHAHA

Chilli Oil by Kaijia Muslim Food (Produk Cina Muslim)


Tengok lah bekas dia. Simple tapi nampak exclusive. 

Bahan - Bahan : Chilli, Palm Oil, Sesame, Sichuan Peppercorns, Spices & Veg

Dulu tak pernah terfikir pun nak minat dengan Chilli Oil, sampailah FYP Tiktok tak henti - henti muncul orang makan Chilli Oil ini. 

Buatnya mudah sahaja sebenarnya. Guna bahan bahan dekat atas itu, minyak pastikan panas lepastu campur sahaja. Tinggal nak rajin atau malas sahaja sebenarnya. Haha

Chilli Oil ini sesuai dimakan dengan apa?
  1.  Sebagai sos makan dengan dumpling, dimsum dan sebagainya (Kala nak makan dengan nugget pun boleh)
  2. Digunakan untuk goreng sebagai contoh, nasi goreng dan bihun goreng
  3. Sos untuk makan dengan mihun sup, bubur dan seangkatannya dengannya
  4. Digunakan untuk bahan perap seperti ubi kentang, ayam dan ikan
  5. Makan dengan nasi untuk rasa pedas dan penyedap
Bagaimana Rasa Chilli Oil by Kaijia Muslim ?

Rasanya sedap sebab ada rasa rempah. Rasa rempah dalam chilli oil ini sebenarnya membuatkan bila kita tambah dekat mana - mana makanan rasa sedap sahaja.

Adakah Saya akan Repeat ?

Sudah pasti! Bila botol ini habis, saya memang akan tambah sebab sedap dimakan. Harga pun berpatutan iaitu daripada RM13.00 hingga RM 23.00 ikut saiz.

Boleh dapatkan di Shopee (https://shope.ee/1fdDMWKR4y)

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. a'ah..cili ni ada je kat atas meja kt resto cina-muslim...makan dumpling buh cili ni..sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul!!! Memang terpengaruh sebab makan dekat kedai cina-muslim hehe

      Padam
  2. Very interesting, thanks for your sharing...

    BalasPadam
  3. tak pernah try lagi chili oil ni tapi ramai ckp sedap bila tambah dalam makanan yang nadia senaraikan kat atas ni. tetiberrr rasa nak cuba juga..pi usya sat kat shopee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cepat beli kak Fieza. Memang sedap pun. Sebab dah rasa rempah semua tu. Pedas pedas. Yang penting tak rasa hangit

      Padam
  4. Sedap kan chili oil. Kalau makan dengan mee sup tu memang sedap. Saya slalu beli yang Lee Kum Kee. Tapi nak try juga la yang Kaijia nih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh macam menarik je jenama Lee Kum Kee. Nanti nak cari lah lepas dah habis. Bertukar tukar mana tahu best kan

      Padam
  5. kita mcm kureng sket cili oill tp klu dah xde sangat , cili oil ni kira last choice la utk makan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selera masing masing. How about kalau sambal hitam ?

      Padam
  6. Chilli oil ni penambah rasa. Tambah selera makan gitu. Kalau sedap, confirm akan repeat kan. Harga pun berpatutan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Lagi - lagi kalau makan yang resepi abang man tu hehe. Yang maggie chilli oil

      Padam
  7. Makan dengan bihun sup sedap ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Kak Nur! Makan dengan sup sedap sangat!

      Padam
  8. boleh cari ni.. first time tgk

    BalasPadam
  9. selalu nampak diorang guna chili oil tuang atas tofu lembut. Terliur bila tengok tapi tak tahu mana nak beli. Sekarang dah tahu dah hehe

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.