My First Portfolio: Dalam menuju seorang developer yang berjaya

Terinspirasi dengan Saudara Fitri yang saya nampak sekilas pandang di twitter hasil tweet beliau terhadap dua orang kawan saya di Universiti Malaya. Pada yang berada dalam dunia developer pasti juga suka melihat blog/portfolio beliau di Home | fvtrx . 

Pertama kali saya melihat, saya jadi tertarik sebab dah lama sebenarnya nak buat Progressive Web Application (PWA). Tapi kebanyakkan hanyalah impian yang tidak dilaksanakan. Jadi selepas melihat saudara Fitri punya blog, jadi saya pun terfikir sampai bila mahu tangguh. Orang - orang yang hebat developer lain semuanya semakin hari semakin mengasah bakat mereka.

Saya? Hanya melihat dan kagum dengan mereka - mereka ini. Tiada satu pun usaha yang saya cuba untuk lakukan. Bila muhasabah, rasanya banyak betul kelemahan saya dari segi membawa mindset ini untuk terus kekal aktif untuk membuat pengaturcaraan atau menghasil apa - apa apps.


Tambahan lagi, apabila saya mencari kerja, membaca pelbagai tips. Kebanyakkan apabila kita lihat dari segi perkejaan developer. Membuktikan skills adalah perkara paling penting. Ia membuatkan saya sedar saya ada skills, akan tetapi skills saya tidak diasah dengan tajam. Saya biarkan ia makin lama makin tumpul akibat tidak terus berlatih.

Dalam misi mencari kerja ini juga, saya melihat betapa pentingnya sebuah porfolio, jadi saya berazam untuk membuat porfolio dengan beberapa rujukan dari beberapa website. Lagi - lagi apabila ingin meletak isi kandungan sesebuah porfolio. 

Rujukan:
1. 
2.

Maka, dengan lafas bismilahirrahmanirahim, terhasilah Portfolio saya di nadiajamhari.com














Catat Ulasan

0 Ulasan