#SelfThought: after reading chapter 3 of Will You Stay

 Selepas baca chapter 3 buku Will You Stay, penulis ada selit kata -kata untuk memberi kesedaran pada para pembaca. Teguran halus sebagai peringatan dan juga untuk mengajar para pembaca belajar untuk menerima sesuatu keadaan yang tidak sama seperti apa yang kita impikan.

cuba baca: Will You Stay

Photo by Valeria Boltneva

Things will not go according to human plans but according to God's Plans. And God's plans are always great.

Walaupun cerita dalam novel Will You Stay tengah bercakap tentang Jodoh, tetapi ada betulnya, kalau kita berfikir secara keseluruhan. Tak semua yang kita manukan kita akan dapat, Ataupun tidak semua perkara yang kita impikan akan sentiasa sama apa yang berlaku sekarang.

Tetapi jangan sesiapa salah faham, Maknanya " kita tidak perlu berusaha??". " Semuakan dah tertulis, kita tinggal tunggu sahaja perkara ini semua berlaku ". Bukan begitu.

Apa yang saya mahu sampaikan adalah bermuhasabah diri. Selain daripada membuat senarai penuh kesalahan-kesalahan, segala kekurangan, dan apa apa sahaja yang tidak diingini berlaku. Belajar terlebih dahulu untuk lapang dada menerima apa yang sedang berlaku. 

Setiap manusia adalah berbeza dan pandangan manusia juga berbeza. Belajar menerima apa yang sedang berlaku tidak sama dengan "tidak keluar daripada zon selesa". Tetapi dengan menerima sesuatu keadaan akan buat kita lebih berani untuk memperbaiki sesuatu perkara. Sebab itu pentingnya, kita kena sedar perancangan Allah adalah yang terbaik. Supaya kita teliti untuk sedar mana hikmah yang terindah.

Sekaligus hati kita pun akan tenang. Hati yang tenang barulah senang berusaha memperbaiki apa perlu. Dan barulah kita tidak berasa lelah dalam kehidupan kita.

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Manalah ada benda yang datang bergolek kalau kita tak usaha kann.. semua benda ada kekurangan, so kita kena perbaiki dan buat yang terbaik.. nice sharing Nad...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Berbalik pada qada' dan qadar. Ada benda memang boleh berubah sekiranya kita berusaha iaitu qada'. Dan qadar adalah sesuatu yang dah ditetapkan sejak azali

      Padam
  2. Sgt menarik peringatan ini utk apa2 jua situasi. Thank you.

    BalasPadam
  3. Humans can plan but God's plan is the perfect plan.

    BalasPadam
  4. even lahir atas dulang emas pun kita kena berusaha...

    BalasPadam
  5. Usaha paling penting. sampai lah kita jumpa sesuatu yang kita betul selesa dan kita yakin kita boleh selesa dengannya sampai hujung nyawa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul! Dalam usaha juga perlu terselit bersyukur.

      Padam
  6. Orang Perak cakap, ada ngeye, apa yang Nadia cakap tu (absolutely true, cakap omputih).
    Selamat membaca.

    BalasPadam
  7. ada benda yang kita boleh plan dan execute seperti yg kita nak, tapi ada jugak perkara contohnya jodoh yang kita tak plan tapi ianya tetap berlaku sebab itulah yang dah tertulis utk kita.

    BalasPadam
  8. Berlapang dada dan bersangka baik dengan Allah. Apa yang Allah aturkan untuk kita itu yang terbaik. Apa² pun nak dapatkan sesuatu kena usaha. Tak ada usaha mana nak datang hasilnya kan. Usaha, doa dan tawakkal inshaAllah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul!! Cuma itulah kadang - kadang manusia alpa sampai terlupa perancangan Allah yang terbaik

      Padam
  9. nice sharing.. kadang dh plan tp jd benda lain. last2 xnk sedih usaha juga biar dpt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bak kata pepatah jepun "Fall seven times, Get up eight"

      Padam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.