Pengalaman Pertama Memandu Jauh - Jauh

Semenjak dah habis belajar ini memang dah mula memikul tanggungjawab. Memandangkan anak bongsu. Adik beradik dekat atas semua dah ada family dan dah ada kehidupan masing - masing. Begitulah hidup, bila tiba orang ada tanggungjawab lain untuk digalas, kita sebagai manusia perlu memahami. Jadi, saya telah menjadi driver untuk kedua ibu bapa saya.

Saya sebenarnya rasa takut juga nak drive jauh - jauh dari Selangor ke Melaka. Pada asalnya, patutnya abang saya yang bawa mak dan abah saya ke Melaka. Tetapi, dua hari sebelum kami bertolak ke Melaka, abang saya disahkan positif covid. Makanya, sayalah yang kena jadi driver. Cuak sebenarnya, bukan sebab jalan ke, tapi macam "BAWA LUAR SELANGOR DAN KL". Walhal jalan kat KL lagi bahaya daripada jalan dekat negeri lain. hahaha

Saya pelik bila kawan - kawan drive laju sangat dekat highway. Bila saya rasa dua jam dekat highway baru lah saya faham betapa pentingnya bawa laju (laju ini adalah mengikut  had kelajuan yang ditetapkan iaitu 110km/j). Nak tahu kenapa? MENGANTUK!!

Mengantuk betul bila saya bawa rileks rileks dalam 90km/j gitu. Bila dah tak tahan sangat saya pun apa lagi maintain 110km/j. Kereta depan lambat sahaja terus pecut tak fikir apa - apah dah. Waktu tu pula radio pasang lagu bukan main jiwang. Boleh pula dia nak pasang lagu - lagu sedih yang sayu. Senang cerita lagu - lagu dekat radio ketika itu memang nak tidurkan saya. 

Waktu tu ingatkan nak tukar dengan mak, tapi mak pula nampak lena tidur kat belakang. haha rasa bersalah pula. Jadi teruskan sahaja sebab lagi 40 minit nak sampai dah tu. 

Alhamdulillah, selamat sampai. Tapi lepas ini kalau ada perjalanan jauh, apa yang saya nak pastikan ialah saya dah siapkan playlist siap siap. Lagu kpop pun lagu kpop lah. Mak dan abah memang kena reda dengan saya sebab saya perlukan vibe vibe nak memandu. Kedua, saya perlu minum coffee jadi mood saya takkan kelaut pada hari saya drive.

p/s: Sejak dari hari pengalaman pertama memandu jauh - jauh ini saya setiap hari berangan nak kaya dan berkemampuan upah driver. HAHAHAHA. 


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. bila baca note kat bawah tu terus terbayang lagu Kalau Aku Kaya by Altimet. Insyaallah manalah tau Nadia boleh create your own software pastu tiap2 bulan dapat royalti je dari company yg guna software tu..masyukkkkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nadia terus pasang lagu "Kalau Aku Kaya". Amin semoga Nadia dapat ceburi industri Software ni

      Padam
  2. sama la...coffee is a must. teman waktu drive jejauh tu kan.. moga selamat semuanya..aamiin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann! Sekarang dah tahu lah yang saya memang perlukan coffee kalau nak memandu jauh jauh

      Padam
  3. kita berulang alik setiap minggu dari kedah ke perak. sebab kita kerja drkat perak. 130++km jugak la. satu hala.huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh setiap minggu tu, mesti dah pro dah kalau bab berjalan jauh. Satu hala 130km uwa penat!!!

      Padam
  4. Saya suka drive... drive Shah Alam ke Johor balik ahri pun takde masalah. Atas highway kalau selow sangat fikiran cepat menerawang dan mengantuk menguasai diri. Saya biasa bawak atas 110 :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. HAHAHA, ikutkan hati nak bawak laju juga. Tapi fikir mak abah fikir apa pula anak perempuan dia ni ganas sangat memandu hahha

      Padam
  5. Lepas ni dah boleh drive jauh jauh lagi. Kena prepare apa yang perlu. Kopi tu sangat perlu :)

    BalasPadam
  6. Kalau pandu di lebuhraya yang saya takut pandu tempat sibuk dan kena berhati-hati. Macam lalu tepi pasar ke.
    Betul memandu jauh selain kena ada stamina, kena tahan mengantuk.

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.