Alhamdulillah Penutup yang Paling Terbaik

 

Pejam celik pejam celik, saya dah memang kena masuk fasa dewasa. Fasa mencari kerja, fasa mencari wang dengan titik peluh sendiri. Fasa untuk membuat keputusan dengan bijak. Alam pekerjaan yang sangat misteri (sebab saya tidak tahu bagaimana situasi saya untuk alam pekerjaan).

Ada tempoh hari saya menyatakan saya telah pun di penghujung degree pada post Alhamdulillah Unofficially Graduate! | 3.5 Tahun telahpun di Penghujung. Post kali ini saya nak bagi tahu saya telah pun secara rasmi Graduan Universiti Malaya dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian (Bachelor of Computer Science in Software Engineering). 

Saya ada seorang pensyarah yang saya kenal pada tahun kedua yang selalu cakap kat saya "Lagi sikit tu Nadia nak dapat 4.0, nanti dapat lah tu".  Kata - kata semangat beliau setiap sem, kadang - kadang buat saya perlu mencuba dan mencuba untuk mendapatkan 4.0. Ternyata pada akhir last sem, Allah berikan saya rezeki untuk merasa mendapat 4.0. 


Alhamdulillah semester terakhir, saya berjaya dapatkan 4.0. Banyak benda yang saya lalui tidak sangka pada penghujungnya saya dapat hadiah yang sangat hebat.

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Alhamdulillah...
    Wowwww...im happy for you Nadia.
    Ehhhh ammi pulak senyum2 dari tadi

    BalasPadam
  2. Tanpa sedar, dah masuk fasa seterusnya. Alhamdulillah, tahniah Nadia. Rezeki dapat 4 flat final sem. Bukan mudah nak dapat tu. Finally!
    Selamat memasuki alam pekerjaan lepas ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak taknak dah memang kena terima keadaan yang dah ke fasa dewasa :'(

      Padam
  3. Congratulations! I also studied computer science but in USM Penang back in 1995. Wah, so long ago. 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you senpai. Uwaa I met computer science's senpai. Wondering what you do right now. Still in computer science field ?

      Padam
  4. tahniah nadiah!! boleh create software sendiri ni. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you. InsyaAllah boleh. kena gali lagi pengalaman hidup

      Padam
  5. Alhamdulillah.. semoga terus cemerlang dalam fasa seterusnya insha Allah

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.