Trip 2 Days 1 Night | Breakfast Roti Canai Pak Ali

 

Para alumni UM mesti tahu tentang Roti Canai Tsunami Single/Double yang viral dalam kalangan pelajar Universiti Malaya. Roti Canai Pak Ali ini memang terkenal dengan roti Tsunami. Sebenarnya boleh dapatkan roti canai Tsunami ni dekat mamak. Selalu orang akan panggil "Roti Banjir + Telur Separuh Masak" (Rasanyalah). Sebab tak pernah order macam ini dekat mamak. Kalau terigin nak makan roti canai Tsunami memang terus ke Roti Canai Pak Ali

Destinasi kami yang pertama untuk Trip 2 Days 1 Night ini adalah dengan "Breakfast di Roti Canai Pak Ali". Siapa yang suka telur separuh masak, order terus "Roti Tsunami" . Single (1 Keping Roti Canai), Double (2 Keping Roti Canai). Haritu Single harganya RM3.00. Makan ini sahaja memang dah kenyang sangat - sangat. Memang bertenaga lah untuk buat aktiviti seterusnya. 

Bagaimana Rasanya?

Bagi saya gabungan roti Tsunami ini dah sangat okay dah. Tambah pula bila makan boleh letak lada sulah dan juga kicap. Itu pun dah sedap dah. 

Adakah Saya akan repeat?

Saya dah banyak kali repeat dah. Memang suka. Pernah dulu Roti Canai Pak Ali ini buka dekat KK12 sebelum zaman lockdown bermula. Waktu Roti Canai Pak Ali dibuka di kk12, memang setiap minggu saya pergi hehe.

Siapa Pernah Makan Roti Canai Pak Ali?


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Tak pernah try sini tapi pernah makan la roti canai macam ni. Confirm kenyang sampai petang bila makan..hehe

    BalasPadam
  2. Pernah pegi UM tengok sepupu convo..tapi belum pernah try roti canai Pak Ali ni.

    BalasPadam
  3. Belum pernah makan roti canai macam ni. Roti canai Pak Ali apatah lagi. Sedap makan roti canai tapi saya lebih suka bukan versi banjir kot.

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.