Done Vaccine Booster | Pfizer untuk Booster

 

Siapa dekat sini dah ambil dos penggalak covid-19? Kalau sudah, kita geng!.Hehe

Asalnya, saya tak dapat lagi appointment pun lagi. Tapi dah enam bulan, rasa lambat sangat pula mysejahtera kali ini. Jadi ambil keputusan untuk pergi walk-in, sebab baru - baru ini dapat notifikasi yang atas umur 18 tahun dah boleh walk in di mana - mana ppv. Bagi yang masih mencari tempat untuk walk in boleh tengok di : https://vaksincovid.protecthealth.com.my/find .  Kebetulan saya ada ppv berdekatan dengan rumah sewa. Apa - apapun sila call terlebih dahulu. Sebab macam kes saya ppv Aktiv Care Clinic, Taman Desa hanya bukak walk-in 10.00 pagi - 4.00 petang sahaja. Jadi pada yang ingin walk-in sila call terlebih dahulu.

Proses walk-in ini agak lama sebab klinik nak key in data kita kat mysejahtera tu. Memang mysejahtera kita akan tukar waktu proses vaksin ni. Jadi agak lama lah proses menungguh key in data tu menyebabkan jadi 1 jam. Berbeza dengan orang yang ada appointment, tak perlu nak key in apa - apa data. Hanya tekan link dekat mysejahtera untuk process seterusnya.


 

Sebelum vaksin, ada singgah pasaraya untuk beli air kelapa dulu. Almaklumlah, air kelapa kan ubat bagi banyak penyakit. Murah juga beli dalam RM 5.00  macam tu. Tapi gigih juga nak buka berbekalkan pisau potong bawang dekat rumah sewa ini.

SIDE EFFECT BOOSTER PFIZER

Side effect saya tak seteruk orang lain yang terus demam ke. Setakat ini, selepas satu hari vaksin pun, saya punya side effect ialah lenguh tangan. Rasa sakit sangat. sampai takde mood nak buat apa apa. Menulis pun sakit sebenarnya. :')

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. ammi pun after booster tak demam, cuma tangan rasa berat dan sakit bila angkat. nak basuh rambut pun ngeri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann, Nadia pun bila nak basuh rambut rasa mood spoil sangat sangat sebab macam sakit sangat tangan.

      Padam
  2. kita geng dah ambil booster. Walk in leceh sikit tapi nak menunggu appt mySejahtera tu entah bila lah kan. Semoga baik baik je Nadia. Take care.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, appt mySejahtera macam nak taknak je muncul. Terus walk in. Settle hehe

      Padam
  3. Benda wajib selepas vaksin (air kelapa). Hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Punya lah nak elak side effect, sampai prepare air kelapa haha

      Padam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.