Sedapnya Nishio Matcha Latte & Zinger Double Down

 

Sejak kebelakangan ini, mood memang rasa nak green tea latte. Setiap hari bukak grabfood rasa nak order green tea latter, tapi asyik cakap "mahal lah air air begini". Green tea latte dengan teh hijau thailand yang kita selalu beli itu tidak sama tau rasanya.

Kebetulan hari ini nak pergi Lotus, sebab nak beli ikan sardin hidup (bukan ikan sardin tin). Tiba - tiba rasa teringin nak mencuba makan ikan sardin. Jadi kita sambil menyelam sambil minum air. Pergi Lotus waktu nak dekat - dekat lunch, boleh beli lunch sekali sebelum balik rumah.

Zinger double down adalah salah satu menu KFC yang saya suka. Sebab tiada roti hahaha. Ada ayam sahaja!. Ikutkan ada menu Cheezella double down. Tetapi disebabkan saya rasa keju ini nampak memuakkan, beli zinger double down sahaja.

Waktu dekat kaunter KFC saya fikir banyak kali, nak beli combo atau ala cart ? Kalau saya beli combo, saya takkan beli Nishio Matcha Latte dekat Tealive sebab combo sudah ada air. Membazir kalau beli air banyak - banyak, siapa mahu minum.

Selepas buat kira - kira, saya beli ala cart sahaja. Sebab hati tetap mahukan Nishio Matcha Latte dekat Tealive tu. Tealive pun seberang sahaja. Order dahulu KFC, kemudian saya pergi Tealive sementara tunggu order saya siap.


Alhamdulillah syukur dengan rezeki hari ini. 

Sebenarnya kali pertama saya mencuba Nishio Matcha Latte, bagi saya sedap dah berbaloi dengan harga RM10.00 untuk large.

Mulai hari ini, Nishio Matcha Latte adalah favourite Tealive saya!

Apa favourite Tealive anda?

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. ikan sardin tu buat goreng balado bestt...

    belum pernah beli green tea bagai..sejenis nak yg pahit kaw2 punya makcik ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau versi malas kita goreng kunyit je kak hahaha

      Padam
  2. Wahhh sedapnyaa
    Rabia tak pernah minum tealive

    BalasPadam
  3. Belum jejak lagi pasaraya Lotus selepas bertukar nama. Agak lamaa jugak tak beli zinger ni. Sekarang macam tempting dengan cheezilla tu, latest KFC promo.
    Suka gaak green tea. Tak pernah rasa yang tealive punya. Entahlah ek, tak tahu apa favourite drink tealive ni. Kadang beli je asal nampak sedap. Tak pernah rasa semua lagi dan tak boleh nak compare mana sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe, kalau jenis suka coffee boleh try signature coffee gula aren series. Sedap juga.

      Padam
  4. Tealive order strawberry smoothie atau bang bang milk tea saja. Hahaha. Kfc tu pun sedap sebab isi ayam saja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Strawberry smoothie sedap! Bila macam mood nak minum air masam, saya memang akan minum strawberry smoothie!

      Padam
  5. wow wow serius terliur tgk zinger tu. ni uyg buat mama nak cari ni

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.