Hello Oktober

 

Pejam celik pejam celik cepat sahaja dah bulan 10 bukan? Lagi 18 hari saya akan mulakan kelas seperti biasa. Kali ini ada rasa sedikit nervous sebab kelas akan buat secara hybrid. Makna kata ada fizikal dan juga online kelas.

Rasa berdebar nak jumpa semula kawan. Ada rasa insecure. Ada rasa awkward macam mana nak mulakan percakapan. Macam mana nak bersembang. Kalau dulu fizikal saya memang rajin lambai mana  - mana kawan yang saya jumpa. Saya tak tahu nanti kaku tak nak lambai kawan  - kawan saya kembali.

Jadual kelas pun dah keluar. Untuk sem terakhir ini saya ada 20 credit hour. Credit hour paling tinggi adalah Final Year Project II iaitu sebanyak 5 credit hour. Cuak juga sebenarnya Final Year Project II. Harap semuanya okay - okay sahaja. 

Saya punya harapan setiap semester adalah sama. Harapnya semua tutorial saya buat. Dan kalau boleh Hari Jumaat tu memang 100% saya buat Final Year Project ni. 

Apa - apa pun semoga bulan ini lebih baik dari bulan yang lepas.

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. All the best for study. Semoga dipermudahkan. Fuh~ kita tumpang nevous.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe, Nervous kan nak buatt benda baru selepas biasa online class

      Padam
  2. Good luck Nadia. Kan? Bila pandemik ni kita rasakan orang2 disekeliling macam tak selamat. Apa² pun thinks positif ye. Kena disiplin jaga SOP biar pun orang anggap kita sombong maybe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, risau jugak nak fizikal kelas. rasa awkwarddd

      Padam
  3. Paling penting sentiasa jaga SOP ya..

    BalasPadam
  4. All the best sis Nad! And oh hello October!

    BalasPadam
  5. Semoga bulan oktober lebih baik semuanya. Selamat kembali belajar. Mesti rasa kekok sikit bila jumpa kawan kawan dan masuk kelas, kan. Banyak betul credit hour. Biasa nak hujung hujung ni belas belas je. Apapun semoga berjaya Nadia. Terus fokus untuk fyp juga okay :)

    BalasPadam
  6. Semester yang mencabar. Semoga berjaya.

    BalasPadam
  7. selamat belajar. semoga dipermudahkan segala urusan. aminnn

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.