Bestnya Bantal Quilted by Das Abdul Global | Dapat Tidur dengan Berkualiti

Selepas seharian buat aktiviti, mendapat tidur yang cukup dan lena adalah amat penting untuk kita. Banyak aspek penting apabila kita bercakap tentang tidur seperti, tidur mencukupi 8 jam, dan postur badan yang betul. 

Selain itu, bantal yang selesa juga memainkan peranan penting untuk memberikan kita tidur yang lena dan berkualiti. Hari ini saya nak share mengenai Quilted Pillow by Das Abdul Global, Bantal Hotel 7 Bintang.

Packaging Bantal

 
Macam biasa, saya suka mulakan sesuatu produk dengan menceritakan dahulu packaging produk tersebut. Packaging bantal ini didatangkan dengan kotak yang eksklusif. Kotaknya sangat berkualiti. Sewaktu sampai di rumah tiada satu pun cacat cela pada kotak ini. Jadi kalau beli online, pasti akan selamat sampai ke rumah anda semua. Paling suka ada satu slogan “Take Me Home”. Kira packaging ni menghantui diri kita semua untuk bawa balik rumah bantal yang power ini.

Info Quilted Pillow


  • Rekaan Quilted yang kemas dan eksklusif.
  • 2 in 1 pillow – microfiber & microfiber with quilted
    1. Microfiber shell side sesuai untuk mereka yang sukakan bantal yang rendah
    2. Microfiber quilted shell side untuk mereka yang sukakan bantal sederhana tinggi
  • Isian microfiber
  • Direka khas dengan double piping untuk menyerlahkan kekemasan bantal
  • Teknologi fabrik yang boleh menyerap lembapan dan cepat kering. Membantu mengurangkan masalah berpeluh ketika tidur
  • Tidur yang lebih selesa kerana bantal ini membantu menyesuaikan mengkut keadaan suhu persekitaran
  • Bantal selamat digunakan kerana ianya anti bakteria dan tidak berbau
  • Didatangkan dengan kotak packaging eksklusif

 Review Quilted Pillow by Das Abdul Global 

Muka Gelap sedikit sebab sunburn
Saya jenis tak suka bantal keras, sebab kalau bantal keras bila letak kepala akan rasa tengkuk tu macam naik ke atas esok pagi bangun rasa terus akan sakit. Tetapi, Quilted Pillow ini, empuk sangat. Bila peluk tu, tak tipu, rasa best bila peluk. Kalau boleh seharian tu nak peluk sahaja bantal ni. Bila time penat – penat, peluk memang boleh terus lena lagi – lagi saya ni sejenis dah selesa, bila tutup mata terus lena.

Bila letak kepala pula, rasanya amat selesa. Walaupun bantal ini akan ikut tekanan kepala kita terhadap bantal, tetapi kita masih lagi dapat rasa nikmat empuk bantal tu. Kalau jenis cepat tidur tu, letak kepala, baca doa terus boleh tidur. 

 

Beli bantal ini sebenarnya investment yang sangat bagus. Kena beli yang berkualiti sebab hari yang ceria disebaliknya kerana tidur yang berkualiti.

Apa – apa pun, Das Abdul Global sekarang tengah ada promotion 10% sehingga 31 Oktober 2021 sekiranya kalian membeli menggunakan link saya. 

Link untuk membeli: https://daspillow.com/quilted-pillow?coupon=nadia

 
 
 

Untuk Maklumat lanjut boleh ke: 

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. ammi mmg tengah cari bantal baru...cuma tak berani nak masuk mall sbb masih takut2 lagi nak pergi tempat indoor

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, tempat indoor sekarang kita elakkan dulu. Boleh try bantal DAS ni kak Ammi, skrang pun tengan promo. Berbaloi beli

      Padam
  2. Popular jenama bantal Das Abdul Global ni. Nampak fluffy dan selesa tidur berbantalkan Das Abdul Global. Ada rezeki nanti nanti nak cuba beli lah.

    BalasPadam
  3. adudu nampak bantal tu terasa mcm nak peluk aje. gebu dan fefeeling hotel

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.