Boleh Tahan Panjang Report

 

Kalau anda semua tengok gambar ini, begini lah cara saya buat kerja, kalau tengah berfikir itu adalah pen dekat tangan sambil tengok documentation atau coding dekat komputer. Kalau tengah merancang kerja atau step sesuatu sistem memang dekat depan itu akan ada gambar rajah, ataupun list of database yang akan ada dalam sistem.

Penat mental ini rasanya lagi penat daripada penat fizikal. Penat mental ini rasanya macam haus dalam kehidupan seharian. Faham tak?? Faham kan. Rasanya ramai lebih suka penat fizikal berbanding penat mental.

Teringat pula zaman sekolah dulu. Kena paksa masuk debat. Memang tak suka, sebab debat ini penat mental tahap tinggi, lebih relah masuk kawad sebab kawad penat fizikal tapi berkorban hitam muka pula. 

Hari ini sengaja nak berkongsi dengan kalian tentang documentation apabila buat final year project ni. Tambahan pula semalam tengah merancang complexity project untuk markah final year project next sem akan datang. Sekarang sebenarnya tengah cuti sem, tapi gagahkan diri juga buat final year project supaya next sem tiadalah stress sangat dengan timbunan kerja. Boleh lah santai - santai coding gitu. Sebab dah buat banyak juga masa cuti ini. Alhamdulillah

Semalam sambil - sambil dah rangka idea tulis lah balik cantik - cantik. Tulis warna biru sebab ini information baru untuk submit pada semester akan datang nanti manakala warna merah itu sebenarnya sebagai peringatan dekat diri untuk tambah data yang tepat pada warna merah tu, mood dah serabut malas nak bukak balik tempat - tempat yang kita reference dan letak data di situ, bila mood stabil baru lah kita refer dan letak.

Tahu tak berapa muka surat documentation yang baru siap tak sampai separuh ini? Sekarang ini jumlah muka suratnya ialah 105. Banyak kan? Tak sangka sebenarnya boleh sebanyak begini, selalu kalau nak dapat 100 muka surat ini bila kerja kumpulan. Ini kerja individual terus 100 muka surat. Saya rasa sebab system ini boleh tahan besar juga. Dalam document ini tidak termasuk dengan testing. Testing lagi lah banyak documentation yang perlu dilakukan. Senior senior saya pun saya tengok documentation diorang hampir mencecah 700. Rasa terseksa pula bila tahu jumlah sebanyak begitu.

Pening juga sebenarnya buat complexity ni, tapi kena lah juga redah cabaran pening - pening ni. Tetapi memang semalam rasa nak muntah buat kerja ni.

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. all the best nadia!! betul tu... penat mental ni mmg kena bercuti... salu akak kalau dh penat ngadap keja berminggu mmg akn apply cuti rehat... nk lupakan keja sekejap.. sementara cuti tu restlah jugak layan korea ke.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thankyou Kakmim :). Betul skrg saya tengah layan hometown cha cha cha

      Padam
  2. Bila dah siap mesti rasa lega dan tak berat lagi kat bahu.. Boleh relax2 silang kaki. hehe..

    BalasPadam
  3. Banyak pagenya tu. Tak dinafikan, penat mental lagi penat dari penat fizikal. Penat mental ni tak boleh bawak bincang, stress pun level up.

    Semoga Allah lancarkan urusan report Nadia. Aaminn...

    BalasPadam
  4. semoga dipermudahkan.. mama pun suka bagi warna2 mcm tu supaya senang nak identify

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.